Forum itu berlangsung di Tripoli, Libya pada 11 hingga 12 November 2026. Ia anjuran bersama Libyan NESDB (National Economic & Social Development Board) dan Libyan General Union of Chambers of Commerce, Industry & Agriculture.
Forum kali ini, buat pertama kalinya tampilkan empat pakar antarabangsa, termasuk Dato Dr Hasan Mad, Setiausaha Agung MPM, yang juga Pengasas, Centre for Studies on Nusantara Prosperity @ MPM.

Di Forum berkenaan Hasan diamanahkan berbicara atas tema International & Geopolitical Changes, Impacts on Local & International Economies.
Hasan membahagikan pembentangannya kepada tiga perkara utama:
- Siapakah pencetus perubahan geopolitik itu, apa perubahan yang dicetuskan dan impaknya.
- Kedua, bagaimana Malaysia menangani perubahan geopolitik itu, dan
- Ketiga, apakah perkongsian yang mampu Malaysia tawarkan kepada Libya bagia depani perubahan itu.
Hasan berpendapat, perubahan geopolitik itu adalah mainan tiga watak utama; super-powers dikalangan kuasa-kuasa besar ekonomi dunia, yang bersekutu dengan super-voices dikalangan kuasa-kuasa besar pempengaruh geopolitik dan geoeconomic global, seperti World Bank Group, World Trade Organization, World Economic Forum, McKinsey dan banyak lagi. Usaha mereka ini diperlengkapkan dengan peranan yang dimainkan oleh super-media, seperti CNN, BBC, CNBC dan beberapa lagi, yang ada the common mind dengan super-powers dan super-voices itu.
Dengan strategi yang cukup kemas dan terancang, mereka cetuskan perubahan yang relentless, yang kompleks, rakus dan dinamik.
Bagi Malaysia, yang dikategorikan sebagai the middle-power, untuk mampu kekal berdayasaing dan survive dalam badai perubahan geopolitik itu, ia hendaklah bina strategi yang bersesuaian, bukan memilih untuk berada di pihak mana. Seperti yang disarankan oleh beberapa tokoh ekonomi termasuk Sdr Samirul Ariff, Dr Ong Kiang Meng, malah Pengarah Urusan Kumpulan KNB sepertimana terkandung dalam ucapan pembukaannya sempena KMF 2026, Malaysia hendaklah bijaksana bertindak dan berperanan, ibarat sang kancil, dalam mendepani suasana gepolitik yang sedemikian.
Bagi Hasan, Malaysia yang menganggap Libya sebagai negara yang akrab dengannya sejak insiden 1974 dimana Libya satu-satunya negara yang hulurkan bantuan kepada Malaysia dalam menyelesaikan krisis tebusan JRA.
Dengan keakraban itu dan dengan perlantikan Hasan sebagai salah seorang dari empat pakar rujuk antarabangsa sempena Forum ini, amat wajar bagi Malaysia kongsikan dengan Libya pendekatan yang ia gunapakai bagi mendepani cabaran geopolitik ini.
Seperti Malaysia, Libya adalah juga negara dikategorikan sebagai middle-power. Sekalipun jumlah penduduk hanya sekitar 7.4 juta dan GDP tahunan sekitar USD 57.0 Billion, sebagai negara penggerak utama blok ekonomi African Union, Malaysia menyarankan Libya untuk tampil, bertindak bijaksana dan berperanan sebagai middle-power yang dihormati dan disegani.
Malaysia dan Libya ada kemampuan yang sama, citarasa yang sama dan pendekatan yang sama dalam mendepani gelora geopolitik.
Semasa Forum ini dan dengan temanya turut memfokas kepada pelaburan di Libya, Hasan turut diajukan persoalan berkaitan perlunya Libya berusaha kearah peningkatan ilmu, perkongsian ilmu dan peningkatan kebolehan dalam dunia digital.
Hasan berpendapat, dengan tahap literasi rakyat Libya pada paras 91% hingga 98%, dimana, purata usia rakyatnya sekitar 28.0 tahun, keupayaan mereka menimba ilmu amat bagus.
Namun, untuk menarik pelaburan asing dan peningkatan pelaburan domestik, terutama dikalangan pelabur ekonomi baru, sekadar memiliki ilmu belum memadai. Libya hendaklah segera bina Program Pembangunan Bakat, bagi pastikan rakyatnya mampu berperanan sebagai tenaga kerja dan tenaga pengurusan mahir dan professional, yang diperlukan oleh pelabur dalam ekonomi baru, dalam apa juga sektor ekonomi.
Malaysia ada pengalaman ini bila berdepan dengan keupayaannya memenuhi kehendak tenaga mahir dikalangan pelabur ekonomi baru. Tanpa keupayaan ini pelabur-pelabur ekonomi baru ini akan keberatan untuk menerima pelawaan dari Kerajaan Malaysia. Inilah yang ingin Malaysia kongsikan juga dengan Libya.
Di Libya ada dua kementerian iaitu Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pendidikan Teknikal & Vokasional, yang wajib segera digembeling bagi melahirkan bakat dan kepakaran yang diperlukan oleh ekonomi baru yang dipelawa melabur di Libya.
Pun begitu, bagi Hasan, ilmu dan bakat saja masih belum mencukupi.
Kerajaan Libya hendaklah juga segera bangunkan Program Peningkatan Produktiviti.
Daya produktiviti tenaga kerja sesebuah negara disukat menggunakan Human Development Index (HDI). Tiga negara yang tenaga kerjanya paling produktif di dunia termasuklah Australia, Singapura dan Switzerland, masing-masing dengan HDI melepasi paras 0.91.
HDI bagi tenaga kerja Malaysia berada diranking sekitar 20-23 dunia, pada paras melepasi 0.82. MPC mensasarkan untuk Malaysia berada di ranking ke-11 dunia menjelang tahun 2030. MPC yang akan dinaiktaraf menjadi Suruhanjaya Produktiviti Negara, sedang giat melaksanakan pelbagai usaha meningkatkan produktiviti, daya-saiing, daya-tahan (sustainability), daya-usaha dan daya-cipta dikalangan tenaga kerja negara.
Libya pula, buat masa kini indeks HDInya pada paras 0.71-0.72. Ia adalah jauh di atas paras purata produktiviti global. Namun, untuk lebih berdaya-saing dalam menarik pelaburan memasuki negaranya, paras produktiviti ini hendaklah segera dipertingkatkan.
Sebagai takeaways dari Forum ini Hasan menyarankan untuk Libya segerakan usaha membina bakat dan meningkatkan tahap produktiviti dikalangan tenaga kerjanya. Bilamana kedua-dua petunjuk ini diketahui oleh para pelabur, usaha mempelawa mereka melabur di Libya akan lebih mudah. Malah, mereka yang akan mengetuk pintu Libya memohon untuk datang melabur.
Terima kasih kepada NESDB yanga memberikan penghormatan kepada Hasan, sebagai pakar antarabangsa sempena Forum ini.
Hasan menerima Sijil Keahlian Libyan Economic Forum, dari Eng Quwaydir Abraheem Quwaydir, Pengarah Besar NESDB. Hasan adalah diantara empat penerima awal Sijil berkenaan, dikalangan Tokoh Antarabnagsa bagi Libyan Economic Forum.
Hasan Bersama Eng Quwaydir, Dr Maen Qatamin (Mantan Menteri Pelaburan & Tenagakerja Jordan) dan Eng Mohamed Raeid, Presiden. The Libyan Union of Chambers of Commerce, Industry & Agriculture, semasa hadiri The 2nd Libyan Economic Forum.

More Stories
11 November: Kitar Semula Bukan Lagi Pilihan, Tetapi Tanggungjawab Negara
Apabila Tauhid Hanya Di Bibir: Krisis Ilmu, Akhlak Dan Keimanan Masyarakat Hari Ini
Melayu Tak Berubah – Cuma Sekarang Semua Orang Boleh Nampak