r57 shell c99 shell pendik escort istanbul escort antalya escort
Akta Pembangunan Semula Bandar: Harapan, Keresahan, dan Tuntutan Bumiputera - malay.today
Mei 20, 2026

malay.today

New Norm New Thinking

Akta Pembangunan Semula Bandar: Harapan, Keresahan, dan Tuntutan Bumiputera

Sidang Jawatankuasa Pemandu Majlis Perundingan Melayu (MPM) Ke-37, Siri 2/2025, yang berlangsung serentak dengan Mesyuarat Jawatankuasa Sekretariat MPM Siri 3/2025, telah menumpukan sepenuhnya perbincangan kepada satu isu besar yang semakin hangat diperdebatkan penggubalan Akta Pembangunan Semula Bandar (URA).

Dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Dato’ Haji Salamon Selamat, satu perkara jelas: ada kegusaran yang mendalam dalam kalangan NGO Bumiputera terhadap cadangan kerajaan untuk membentangkan RUU ini di Parlimen. Ini bukan soal menolak pembangunan, dan juga bukan soal perbezaan ideologi politik, tetapi lebih kepada kebimbangan mengenai nasib Bumiputera dalam arus pembangunan bandar yang sering kali tidak berpihak kepada mereka.

Keghairahan Kerajaan vs Kebimbangan Bumiputera

Kerajaan Madani dilihat sangat bersemangat untuk memastikan URA diluluskan. Dari satu sudut, niat kerajaan adalah jelas membangunkan semula kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur untuk memastikan pembangunan yang lebih lestari, seimbang, dan berdaya saing. Inisiatif ini juga selaras dengan Agenda Perbandaran Baru yang dirancang oleh PLAN Malaysia serta disokong oleh Institut Perancang Malaysia.

Namun, dalam sejarah pembangunan bandar, keghairahan pemaju swasta sering membawa kepada kesan negatif kepada Bumiputera. Contoh paling nyata adalah pembangunan Bangsar South (dahulunya Kg Kerinchi) dan Kg Abdullah Hukum, di mana masyarakat Bumiputera yang asalnya menetap di situ telah tersingkir dalam proses pembangunan. Kampung Baru pula menjadi contoh paling klasik bagaimana pembangunan yang tidak tersusun telah membawa kepada kekusutan yang berpanjangan tanpa penyelesaian konkrit.

Justeru, apakah jaminan bahawa URA tidak akan mengulangi sejarah ini?

Tuntutan dan Resolusi MPM

Pada Sidang Meja Bulat MPM yang diadakan pada 9 Oktober 2024, yang turut dihadiri wakil dari PLAN Malaysia, Institut Perancang Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia, serta beberapa mantan Datuk Bandar, beberapa resolusi penting telah dicapai:

1. Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan mesti dimasukkan dalam Preamble URA sebagai jaminan bahawa hak dan kepentingan Bumiputera dalam pembangunan bandar akan tetap terpelihara. Ini selari dengan fokus utama Agenda Pembangunan Bandar Malaysia, iaitu kerangka perundangan dan perlembagaan.

2. Pemilihan pemaju dalam projek pembangunan mesti memastikan gandingan antara pemaju swasta yang berintegriti dengan pemaju GLC yang sesuai, supaya ada keseimbangan dalam kepentingan komersial dan kesejahteraan rakyat.

3. MPM menubuhkan Badan Bertindak Kebangsaan serta pelantar digital mybandar.com bagi memantau dan mengkaji impak pembangunan bandar ke atas geopolitik dan sosio-ekonomi Bumiputera, khususnya dalam aspek pemilikan hartanah sebagai aset ekonomi dan aset kediaman.

Pembangunan Mesti Seiring dengan Hak Bumiputera

Pembangunan bandar adalah satu proses dinamik dan tidak dapat dielakkan. Malah, banyak kawasan yang berpotensi untuk dimajukan sepatutnya telah lama dibangunkan memandangkan lebih 80% penduduk Malaysia kini tinggal di bandar. Namun, pembangunan yang tidak mengambil kira hak serta kesejahteraan penduduk asal akan menjadi senjata makan tuan—menghasilkan bandar yang tidak inklusif dan menimbulkan ketidakpuasan hati rakyat.

MPM bukan menolak pembangunan, tetapi menuntut kesaksamaan dalam peluang dan hak milikan. Kerajaan Madani perlu membuktikan kesungguhannya dalam memastikan URA bukan sekadar agenda pemaju swasta, tetapi benar-benar sebuah dasar pembangunan yang menjamin keharmonian sosio-politik dan keseimbangan ekonomi untuk semua rakyat, termasuk Bumiputera.

MPM akan terus memantau dan memastikan suara Bumiputera tidak diketepikan dalam setiap langkah pembangunan bandar. Kini, bola berada di gelanggang kerajaan—adakah mereka bersedia menyambut tuntutan ini dengan komitmen yang sebenar?