Ogos 19, 2026

malay.today

New Norm New Thinking

CATATAN RINGKAS HARI KEBANGSAAN.

InsyaAllah dlm masa terdekat kita akan merayakan ulang tahun kemerdekaan ke 69.
Sesungguhnya usaha membebaskan tanah air tidak mudah, melalui jalan penuh berliku dan menempuh masa yang panjang.

Lebih 50 dasawarsa negara terjajah bermula Portugis 1511 diikuti Belanda, Siam, Inggeris dan Jepun.

Tanah Melayu dikenali sebagai ‘Aurea Chersonesus’ atau Semenanjung Emas oleh Claudius Ptolemy ahli geografi Yunani sejak abad ke 2. Terkenal sebagai pusat perdagangan dan pengeluar emas. Tidak hairan kuasa kolonial silih berganti datang dgn motto 3G (gold, glory, god). Namun negara tercinta tetap bertahan dgn semangat yg kental.

Kejatuhan Melaka menandakan berakhirnya empayar maritim terulung di nusantara. Sultan Mahmud Shah membina pusat pemerintahan baharu di Johor. Serangan terhadap Portugis diteruskan dgn bantuan Aceh, Riau dan Bugis namun gagal menewaskan kuasa penjajah itu.

Belanda mengambil alih tempat tahun 1641 tetapi tidak kekal apabila Inggeris dgn licik menandatangani Perjanjian Pangkor pada 20.1.1874. Sir Andrew Clarke memainkan peranan hingga Tanah Melayu mengalami penjajahan secara total.

Penentangan muncul drp pahlawan spt Maharaja Lela (Perak), Dato Bahaman, Mat Kilau (Pahang), Tok Janggut (Kelantan), Abd Rahman Limbong (Trengganu), Dol Said (NS). Mereka tidak berdaya menghadapi kuasa penjajah itu.

Kebangkitan nasionalisme hanya bermula awal abad ke 20. Pelajar yang kembali dari Mesir menerima idea baharu drp tokoh reformis spt Muhd Abduh, Rashid Redha. Dikenali sebagai Kaum Muda mereka menyalurkan pemikiran melalui majalah Al Iman menyeru umat perlu bersaing dan tidak ketinggalan dlm arus pemodenan.

Bidang kesusteraan turut berperanan melalui cerpen dan novel. Antaranya Syed Sheikh Al Hadi ‘Hikayat Faridah Hanum’ memperjuangkan kebebasan wanita dan sindirin politik. Diikuti ‘Putera Gunung Tahan’ oleh Ishak Hj Muhammad yang membidas dasar British dan eksploitasi ekonomi Tanah Melayu.

Bidang kewartawanan dlm tahun 1930an memuatkan unsur kesedaran dalam masyarakat dan menjadikan akhbar spt Majlis, Saudara, Warta Melayu, Utusan Melayu sebagai wadah medan tulisan mereka. Sementara itu sekolah agama Ihya As Sharif Gunung Semanggol menggalakkan pelajarnya aktif dlm politik. Pengetuanya Abu Bakar Al Baqir menubuhkan Hizbul Muslimin tahun 1934 yang digeruni Inggeris.

Tidak lengkap jika tidak dinyatakan peranan SITC Tg Malim yang ditubuhkan tahun 1922. Za’aba dan para pensyarah sentiasa meniupkan kesedaran dlm diri pelajar2nya. Apabila mereka bertugas sebagai guru sambil menyampaikan ilmu turut menyemai bibit kesedaran dan membina jati diri.

Golongan berpendidikan Inggeris juga turut menyumbang melalui tokoh spt Mohd Eunos, Raja Chulan. Semasa saya bertugas sebagai pengetua MCKK beberapa tahun lalu beberapa orang murid tua pernah menceritakan wujud semangat kesedaran yang kuat di kalangan pelajar. Dalam satu persembahan drama pentas mereka memasukkan unsur kritikan terhadap Inggeris. Akibatkan pengetua mengambil tindakan mengharamkan pementasan drama beberapa ketika di Kolej itu.

Pengaruh luar tidak kurang pentingnya. Berlaku penentangan terhadap penjajah di Indonesia oleh Sukarno, Vietnam (Ho Chi Minh), Filipina (Jose Rizal), Burma (Aung San) juga Dr Sun Yat Sen berjaya menggulingkan kerajaan Manchu.

Kemuncak perjuangan nasionalisme apabila Inggeris menubuhkan Malayan Union 1946, PTM 1948 dan akhirnya membawa rombongan ke London 1956 diketuai Tunku Abd Raman, Wakil Raja2 dan pemimpin parti Perikatan. Rundingan diadakan di Lancaster House yang kemudiannya membawa kpd kemerdekaan Tanah Melayu.

Selepas itu segala2nya ada tercatat dalam lipatan sejarah.

Marilah kita menyambut hari keramat itu dengan penuh kesyukuran. Sematkan rasa terima kasih atas jasa dan pengorbanan para pemimpin terdahulu.
Tamat.

Salam.
(Alimuddin@18.8.2026).