Mei 23, 2026

malay.today

New Norm New Thinking

RMK 13: Opsyen Untuk Pertimbangan

Pada hemat saya, perancangan RMK 13 masih lagi bermodelkan pembangunan fizikal untuk kemakmuran Negara .

Sekadar perbandingan, semua Negara Nordic dan New Zealand sudah lama berislah merekacipta agenda pembangunan mereka bermodelkan Pembangunan Bersepadu & Seimbang Bagi Mensejahterakan Insan. Maknanya, matlamat utama agenda pembangunan negara-negara itu ialah untuk mensejahterakan rakyat, sebagai benefisiari agenda pembangunan negara.

Model yang kita terus gunapakai masih lagi ihat insan sebagai sumber pembangunan . Itu sebab kita masih kekalkan istilah ‘sumber Insan’.

Jika pembangunan negara untuk sejahterakan insannya, kita wajar tetapkan dan utamakan Indeks Kesejahteraan untuk dicapai, misalnya, Indeks Kualiti Kehidupan (Quality of Life Index, QoL).

Diantara parameter Indeks QoL termasuk GDP per kapita. Dalam konteks perancangan RMK 13, kita mesti sasarkan atau tetapkan tahap untuk dicapai oleh semua insan, rakyat negara berdaulat ini.

Hatta, apa juga agenda pendidikan, kesihatan, ekonomi, keselamatan dan sebagainya, hendaknya menyumbang bagi mencapai target atau sasaran itu .

Hendaknya kita tidak sekadar ulang skrip perancangan lama dengan hanya menukar tema dan jargon baru ikut selera kepemimpinan semasa semata-mata.

New Zealand misalnya,  yang kini negara teratas dalam Indeks Work -Life Balance, merencana agenda pembangunannya dengan memastikan rakyatnya paling produktif tetapi mampu menseimbangkan diantara beban kerja dengan kehidupan berkualiti.

 

Sekadar renungan untuk kita semua:

  • Purata jam kerja seminggu bagi kita semua ialah 40 jam
  • Berapa nilai produktiviti, bila diterjemahkan kepada RM atau USD per man-hour, per man-week , per man-month dan per kapita per year .
  • Apa manfaat indeks keceriaan (Happiness Index parameters) yang setiap insan perolehi hasil dari tahap produktiviti yang lebih tinggi itu, tanpa menjejaskan jumlah jam bekerja dan dalam keadaan penuh keafiatan?

Dari situ kita rekacipta model kerjaya atau model bisnes bagi pastikan tahap produktiviti,  pencapaian indeks work-life balance dan indeks QoL, setiap insan tercapai, demi menikmati kehidupan yang sejahtera.

Pastinya ada banyak petunjuk dan pertimbangan lain yang mesti diambil kira. Namun untuk rencana ini saya sekadar memfokas kepada perlunya kita berislah kepada model pembangunan yang mengutamakan kesejahteraan insan, melebihi atau mengatasi agenda pembangunan fizikal negara.

 

Salam Merdeka Malaysia Ke-68

Dato Dr Hasan Mad

Setiausaha Agung MPM

31 Ogos 2025