November 16, 2026

malay.today

New Norm New Thinking

Kesiapsagaan Malaysia & Libya Harungi Ketidaktentuan Geopolitik & Geoekonomi

Libyan Economic Forum 2026 (LEF 2026), pada 11 dan 12 November 2026, di Tripoli, Libya,  adalah siri kedua Forum ini.

Kelainan kali ini ialah ia tampilkan 4 pakar antarabangsa dan pembentukan Keahlian Kekal Libyan Economic Forum.

Saya amat terharu kerana menjadi salah seorang dari 4 pakar antarabangsa yang terawal, dilantik menjadi Ahli Tetap, Libyan Economic Forum ini.

Tema Forum kali ini ialah Invest in Libya.

Saya pula diberi penghormatan berbicara atas tema International & Geopolitical Changes, Impacts of Local & Global Economies.

Juga, kelainan LEF 2026 ini dimana penganjurannya dibuat secara bersama oleh NESDB (National Economic & Social Development Board, Libya) dengan Libyan Union of Chmbers of Commerce, Industry and Agriculre, iaitu badan induk yang naungi lebih 20 dewan perniagaan dan perdagangan di Libya.

Selain tema itu saya juga diajukan secara sepontan persoalan mengenai inisiatif penimbaan dan perkongsian ilmu dikalangan rakyat Libya untuk turut sama dalam agenda pembangunan ekonominya.

Respon saya kepada persoalan kedua itu saya muatkan dalam rencana berlainan.

Saya kongsikan perbicaraan mengenai tema yang diberikan, dalam tiga tumpuan utama, yang saya sediakan dalam 25 slaids, dan dibantu oleh pasukan Sebina.AI @ MPM, menyediakan pembentangan dalam dwi-bahasa, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Tumpuan pertama perbicaraan saya ialah peranan tiga kelompok kuasa utama dunia yang senantiasa berusaha mencetuskan perubahan geopolitik dan geoekonomi.

Kelompok pertama saya jenamakan sebagai super-powers, dikalangan kuasa-kuasa besar global di Barat, malah di Timur. Kelompok kedua sebagai super-voices, iaitu dikalangan pertubuhan ekonomi global yang amat berpengaruh, terutama World Bank Group, World Trade Orgnization, World Economic Forum, McKinsey dan banyak lagi. Kelompok ketiga pula adalah dikalangan super-media, seperti CNN, CNBC, BBC, Bloomberg dan beberapa lagi.

Ketiga-tiga kelompok ini ada common mind sesama mereka, sepakat untuk senantiasa cetuskan perubahan yang menyebabkan ujudnya ketidakpastian, risiko, malah ancaman dan disruption, terhadap order politik dan ekonomi global.

Mereka ini menghalalkan tindakan sepakatnya, sekalipun bercanggah dengan konvensyen,  perjanjian, undang-undang atau piagam antarabangsa yang mereka cipta sebelum ini. Mereka sudah hasilkan GPR Index (Geopolitical Risk Index),  bagi memaparkan atau menyukat tahap risiko sesuatu perubahan itu.

Saya kongsikan dengan peserta Forum pengalaman Malaysia menangani semua perubahan itu. Bagi Malaysia, adalah tidak bijaksana andaikata ia memilih untuk menentang usaha sekutu tiga-serangkai itu yang ada common mind yang jitu. Atau, memilih untuk menjauhi mereka itu.  

Oleh itu, tumpuan kedua perbicaraan saya ialah strategi atau tindakan Malaysia, sebagai middle-power, mengharunghi badai yang dicetuskan.

Malaysia memilih untuk mencorakkan semuila ekonominya untuk menjadi lebih resilient, lebih anjal (agile) dan mampu lebih sustainable.

Pada masa yang sama,  rakyat juga sentiasa dimaklumkan akan gelora ekonomi dunia yang terus-menerus tercetus. Rakyat dan institusi bisnes sama-sama  mainkan peranan depani perubahan global yang tercetus. Misalnya, bagaimana secara bersama, kerajaan dan rakyat tangani isu kenaikan kos sarahidup, seperti mengadaptasi saranan Bekerja Dari Rumah (BDR/(WFH), berhemah dalam berbelanja, dan sebagainya.

Bertuahnya Malaysia ialah kerana negara ini ada Pelan Pembangunan Berpenggal dan Pelan Perlaksanaan Tahunan yang amat anjal, yang boleh diubahsuai mengikut paras gelombang gelora geopolitik dan geoekonomi.

Bak kata Pengarah Urusan, Khazanah Nasional Berhad, Datuk Amirul Feisal, semasa memulakan KMF2026, Malaysia hendaklah bertindak bijaksana ibarat penceritaan dalam hikayat sang kancil.

Tumpuan ketiga dan yang hendak didengar oleh peserta Forum yang hampir 90% adalah dikalangan penjawat awam dan komuniti bisnes Libya, ialah apakah yang wajar Malaysia kongsikan dengan Libya bagi sama-sama survive harungi gelora geopolitik dan geoekonomi sekarang dan akan datang.

Diantara takeaways yang saya sarankan untuk mereka pertimbangkan, berdasarkan pengalaman Malaysia, termasuklah:

Pertama, seperti Malaysia, Libya adalah juga negara dalam kategori middle-power. Sekalipun dari segi jumlah penduduk dan GDP tahunan adalah kecil, peranan yang Libya mainkan dalam blok ekonomi African Union, misalnya, adalah sama sebagaimana yang Malaysia mainkan dalam blok ASEAN. Maknanya, Libya jangan sesekali bertindak solo dalam harungi gelora geopolitik dan geoekonomi ini. Libya mesti tampilkan diri nampak macam ia mainkan dan berada di kedudukan amat signifikan dikalangan anggota African Union.

Kedua, sejarah Libya buktikan mereka mampu bangkit dari pengaruh penjajahan dan beberapa tahun lepas,  dari gelombang kebangkitan rakyat. Dengan pengalaman itu Libya memiliki kekuatan dalaman untuk bersepakat sesama sendiri bilamana berdepan ancaman dari luar yang mahu menjadikan negaranya sasaran gelora geopolitik dan geoekonomi ini. Malaysia juga ada sejarah yang hampir sama, maka kedua-duanya boleh saling berkongsi pengalaman bagi mendepani gelora sebegini.

Ketiga ialah kemampuan pelbagai institusinya (legislatif, eksekutif, judisiari dan keselamatan) bergandingan bagi mengadaptasi pembangunan negara dan kemakmuran negara serta menjamin kesejahteraaan rakyat, bilamana berdepan suasana seperti sekarang. Dengan kecanggihan sistem komunikasinya, rakyat juga senantiasa disiapsiagakan untuk memahami suasana serta ancaman semasa, serta bagaimana mereka wajar menyokong usaha-usaha kerajaan menstabilkan agenda pembangunan negara.

Saranan saya yang keempat pula berkaitan perlunya Libya berjinak-jinak dengan negara yang mereka yakin amat mesra dalam banyak aspek, dengan mereka. Dalam suasana semasa, pendekatan ini dijenamakan sebagai ‘friend-shoring mode’, iaitu usaha membina inisiatif globalisasi dalam skala kecil atau skala terpilih. Malaysia yang mewakili ASEAN adalah gerbang terbaik bagi Libya yang mewakili African Union dan MENA, untuk membina friend-shoring mode ini, bagi memenuhi banyak keperluan perdagangan semasa.

Hasan bersama tiga lagi pakar antarabangsa ditampilkan di Forum ini: HE Francois Gouyette, mantan Duta Besar Perancis ke Libya; Dr Maen Qatamin, mantan Menteri Pelaburan Jordan; dan Mr Ali Masood Al-Maashani, Aktivis Politik Oman.

Hasan dianugerahkan Sijil Keahlian Tetap, Libyan Economic Forum oleh Eng Quwaydir Abraheem Quwaydir, Ketua Pengarah, NESDB Libya

Sijil Keahlian yang dianugerahkan kepada Hasan