November 16, 2026

malay.today

New Norm New Thinking

Pembangunan Bakat & Kemahiran Untuk Libya Siapsiaga Tarik Pelaburan

Libyan Economic Forum 2026 (LEF 2026), pada 11 dan 12 November 2026, di Tripoli, Libya,  adalah siri kedua Forum ini.

Tema Forum kali ini ialah Invest in Libya.

Saya diberi penghormatan berbicara atas tema International & Geopolitical Changes, Impacts of Local & Global Economies.

Selain pembentangan atas tema itu saya juga diajukan secara sepontan persoalan mengenai inisiatif penimbaan dan perkongsian ilmu dikalangan rakyat Libya untuk turut sama dalam agenda pembangunan ekonominya.

Respon kepada persoalan sepontan ini saya kongsikan dalam dua rencana, rencana ini dan satu lagi yang mengkhusus kepada keperluan meningkatkan produktiviti.

Secara amnya, tahap literasi rakyat Libya adalah tinggi, iaitu diantara 91 hingga 98%. Maknanya, tiada masaalah bagi rakyat Libya menimba dan berkongsi ilmu.

Pun begitu, dalam agenda pembangunan negara, untuk rakyat Libya terlibat secara langsung dan raih manfaat dari agenda pembangunan, terutama agenda pelaburan, konsisten dengan tema Forum ini, iaitu Invest in Libya, tahap literasi yang tinggi belum cukup kuat untuk menarik pelaburan, samada FDI (Foreign Direct Investment) mahupun DD (Domestic Direct Investment)I, memasuki dan merancakkan pasaran ekonomi Libya.

Lebih-lebih lagi jika Libya memilih untuk menarik pelaburan dikalangan ekonomi baru, para pelabur ini menekankan bakat dan kemahiran rakyat Libya untuk terlibat sama dalam pelaburan ekonomi baru mestilah pada tahap yang tinggi.

Jika tidak, dua kemungkinan boleh berlaku, samada ekonomi yang akan berkunjung ke Libya adalah dikalangan pemain ekonomi lama (old economy) yang tidak lagi mendapat tempat di negara asal atau negara dimana mereka melabur sebelum ini. Ini akan menjadikan Libya sebagai investment junk yard, iaitu tempat lambakan pelaburan yang tidak lagi relevan.

Kemungkinan kedua ialah pelabur asing terutamanya, akan bawa masuk bersama mereka tenaga mahir dan bakat dari negara mereka, bagi bekerja dalam ekonomi baru yang dilabur di Libya. Ini akan mencetuskan situasai dimana, Libya perolehi pelaburan baru dikalangan ekonomi baru, tetapi ia tidak manfaatkan tenaga kerja tempatan, kerana tenaga kerja tempatan tiada kemahiran atau bakat yang para pelab ur baru itu perlukan.

Oleh yang demikian Hasan menyarankan, sebelum Libya bersungguh-sunggu untuk menarik pelabruran terutama FDI, Libya hendaklah terlebih dahulu bangunkan bakat dan kemahiran tempatan yang diperlukan oleh ekonomi baru yang disasarkan.

Hasan kongsikan juga beberapa kes di Malaysia berkaitan keperluan bakat dan kemahiran tempatan dalam usaha menarik pelaburan, terutamanya FDI.

Sebagai contoh, ialah kes pembangunan projek USD 16B Petronas RAPID (Refinery & Petrochemical Integrated Development), di Penggerang, Johor, sekitar tahun 2016-208. Bakat dan kemahiran tempatan dalam beberapa peluang pekerjaan lambat dibangunkan. Diantara contohnya ialah keperluan pakar dan kemahiran bidang kerja kimpalan bawah air (underwater wielding), yang diperlukan dalam bilangan yang besar. Malangnya bakat dan kepakaran tempatan tidak dirancang awal untuk disediakan bilamana diperlukan. Ia sekaligus memberi laluan kepada kontraktior asing yang ditawarkan kerja-kerja pembangunan di RAPID, membawa pekerja mahir dan bakat dari negara mereka.

Kerajaan Malaysia ambil iktibar dari kealpaan seperti itu.

Contoh kedua ialah usaha kerajaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang  rancak menarik pelaburan asing, terutama  dalam sektof semi-conductor.

Sebagai ekonomi baru, ia memerlukan tenaga kerja mahir lain dari gelombang kemasukan industri ini sekitar tahun 1970an. Menyedari perubahan ini, kerajaan segera tubuhkan Majlis TVET Negara, dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri I, serta penubuhan GITC (Government-Industry TVET Coordination Body) di KPT (Kementerian Pengajian Tinggi), pada 3-2-2022, bagi menyelaras  dan merancakkan agenda pembangunan kemahiran dan bakat tempatan, memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dan pakar yang diperlukan.

Inilah diantara pengalaman Malaysia yang Hasan kongsikan dengan Libya, sebagai responnya kepada isu penimbaan ilmu dan kaitannya dengan tema forum ini, Invest in Libya.

Pada hemat Hasan, di Libya ada dua kementerian yang boleh digerakkan segera bagi tujuan peningkatan bakat dan kemahiran, iaitu MTVE (Ministry of Technical & Vocational Education) dan MOHE (Ministry of Higher Education).

Jika diperlukan segera, ramai pemegang diploma lepasan kolej di MTVE misalnya, boleh dihantar segera berlatih, termasuk di Malaysia, bagi sediakan mereka dengan kemahiran atau bakat dalam bidang-bidang ekonomi yang bakal memasuki pasaran ekonomi Libya.

MPM bersedia dan komited mekerjasama degean NESDB, Libyan Union of Chambers, MTVE dan MOHE bagi maksud ini.

Ramai dikalangan warga MPM yang sertai GITC Malaysia sebagai Pakar Rujuk Industri, terlibat secara langsung membangunkan bakat dan kemahiran tenaga kerja tempatan dalam beberapa bidang ekonomi yang berkaitan.

Hasan bersama tiga lagi pakar antarabangsa ditampilkan di Forum ini: HE Francois Gouyette, mantan Duta Besar Perancis ke Libya; Dr Maen Qatamin, mantan Menteri Pelaburan Jordan; dan Mr Ali Masood Al-Maashani, Aktivis Politik Oman. Kiri: Mr Almois Mostafa Ben Ebmaiel, mantan Pengarah @ Pejabat Perdana Menteri bagi Hal Ehwal & Hubungan Antarabangsa (Moderator Sesi Pembentangan Pakar Antarabangsa).

Hasan bersama Excellency Mohamed Raied, Presiden, Libyan Union of Chambers of Commerce, Industry & Agriculture.