November 23, 2026

malay.today

New Norm New Thinking

Bina Naratif Baru: Perkongsian Ilmu & Pengalaman Malaysia Majukan Sektor Pelancongan Sebagai FDI Mikro

Tatkala MITI sibuk dengan pelbagai usaha menarik lebih banyak FDI dan merancakkan pelaburan berbentuk DDI terutama dikalangan GLC, MKD dan lain-lain kategori SOEs, sektor pelancongan menumpukan perhatian menarik lebih ramai pelancong melawat Malaysia.

Bagi sektor ini, in-bound tourism adalah FDI mikro yang tarik pelaburan secara terus, dalam bentuk mikro. Manfaatnya diraih dan diagih secara langsung oleh banyak pemain atau operator industri dalam ekosistem pelancongan.

Ini kerana, setiap pelancong yang datang, bawa bersamanya dana untuk dibelanja di pelbagai komponen atau sub-sektor dalam industri ini, dari penyedia pengangkutan, penginapan, makan-minum, pusat pelancongan hinggalah ke pusat atau penjual cenderahati. Dalam istilah pelaburan, pelancong ini  ‘menyuntik’ dana secara langsung kepada setiap operator industri pelancongan.

Secara tidak langsung, kehadiran pelancong dari pelbagai negara dalam pelbagai kategori pelancongan (percutian, menghadiri persidangan, menjalankan urusan bisnes, atau pelancongan keagamaan seperti umrah), mencetuskan peluang peningkatan kemahiran dan bakat dalam pengendalian pelbagai aktiviti pelancongan itu.

Maknanya, selain pra-sarana asas yang diperlukan seperti sistem pengangkutan, sistem penginapan atau perhotelan, restoran dan sebagainya, FDI mikro yang terkait adalah berbentuk pengendalian atau pengurusan perkhidmatan, acara atau aktiviti. Ini semua tidak memerlukan pelaburan dalam aspek pembangunan fizikal, hatta, pulangan ‘pelaburan’ dari berbagai bentuk perkhidmatan itu, sekalipun kecil, ianya dapat diraih dalam masa yang singkat..

Diantara dimensi utama FDI mikro dalam industri pelancongan ini adalah:

  • Suntikan Modal Langsung

Pelancong membawa bersamanya tunai dalam matawang asing, untuk dibelanjakan dalam pasaran pelancongan tempatan, sekaligus meningkatkan kemasukan dana asing ke dalam negara. Proses kemasukan dana asing ini, dalam jumlah yang kecil, tidak memerlukan kelulusan pelbagai pihak berkuasa pelaburan atau institusi kewangan. Lagi ramai pelancong dapat ditarik, akan lebih besarlah jumlah dana asing yang terkumpul.

  • Pemindahan Ilmu, Bakat dan Kemahiran Pelancongan

Dalam berurusan dengan pelbagai jenis pelancong asing itu, ia turut cetus peluang kepada pelbagai operator dalam ekosistem pelancongan tempatan, menimba banyak ilmu, bakat atau kemahiran baru, dalam mengendalikan atau menguruskan keperluan atau kehendak pelancongan setiap pelancong itu.

Ini termasuklah ilmu dalam pengurusan sistem digital booking, peningkatan tahap perkhidmatan pelancongan bagi memenuhi tahap piawai pelancong dari berbagai negara, tahap kebersihan, kesihatan dan keafiatan, malah tahap keselamatan dan jaminan privasi para pelancoong.

  • Pertumbuhan Pelbagai Kompleks Atau Fasiliti Mikro

Dalam aspek perkhidmatan pengangkutan misalnya, tidak lagi perlu ada fasiliti atau aset besar seperti beberapa buah bas pelancongan, milik syarikat pelancongan ternama. Terbuka kini peluang untuk operator pengangkutan mikro, misalnya sistem pengangkutan grab, yang dikendalikan oleh owner-operator.

Mengenai penginapan pula, tumbuh ibarat cendawan, begitu banyak pusat-pusat penginapan berbentuk home-stay yang dikendalikan oleh owner-operator, dengan syarat, piawai home-stay itu hendaklah setara hotel berstatus empat atau lima bintang, misalnya.Maknanya, mestilah ada badan inspektor bebas yang membuat pemeriksaaan dan memberikan penarafan kepada setiap outlet atau operator itu.

Begitu juga dengan restoran atau kafe penyedia makan-minum, atau pusat peranginan mikro yang menawarkan produk pelancongan yang amat niche, malah kompleks kraftangan yang niche, semuanya berperanan sebagai pusat tarikan pelancongan amat menarik, yang mendoroong pelancong untuk berbelanja. Jelasnya, setiap destinasi pelancongan itu berperanan menarik FDI mikro, dengan caranya tersendiri.

  • Impak Ekonomi Berganda & Beragih

Kesan langsung dari pembangunan industri pelabncongan dari perspektif naratif baru ini ialah ia cetuskan impak ekonomi berganda. Bukan satu operator saja yang raih manfaat, malah ramai lagi yang tawarkan perkhidmatan yang diperlukan dan terjaring diantara mereka, akan raih manfaat, dari setiap orang pelancong yang berkunjung.

Ini adalah manifestasi bagaimana FDI mikro ini diagihkan secara setimpal dan saksama, manfaat tangible kepada setiap operator pelancongan terbabit. Konsisten dengan jenamanya, manfaat diperolehi dari industri ini bukan tertumpu kepada beberapa pemain industri utama saja.

  • Perlunya Jaringan Kemas & Kukuh Diantara Pemain Makro & Mikro

Hakikatnya, majoriti pemain mikro tidak miliki sistem dan fasiliti pelancongan yang lengkap sebagaimana operator makro, seperti, jaringan hotel-hotel antarabangsa, atau bagi keadaan di Malaysia, jaringan hotel Seri Malaysia misalnya. Atau, syarikat penerbangan, syarikat pengangkutan darat, syarikat pemaju kompleks pelancongan besar, malah agensi pelancongan besar. Adalah amat wajar jika operator pelancongan makro ini berperanan sebagai perbadanan peneraju (anchor corporations) dan menyerap pelbagai operator mikro sebagai vendor kepadanya, bagi melengkapkan dan mempelbagaikan komponen dalam sesuatu ekosistem pelancongan itu.

Apabila Malaysia membina naratif baru ini bagi sektor pelancongan, sepertimana yang diceritakan dalam rencana ini, sumbangannya kepada matrik pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara, yang disukat dalam bentuk nilai GDP, ia menunjukkan peningkatan amat signifikan. Sebagai contoh, GDP sektor pelancongan kepada GDP negara dalam tahun 2024 adalah pada paras 15.1%. Ia turut menyumbang kepada peningkatan mendadak dari segi peluang pekerjaan dan peluang bisnes.

Pada hemat Hasan yang telah berkunjung ke Libya beberapa kali sejak 2005, negara berkenaan ada banyak produk pelancongan yang teramat menarik. Dengan lokasi geografinya yang amat strategik sebagai gerbang perdagangan, ekonomi dan pelancongan diantara dua benua, Afrikaa Eropah, Libya hendaklah segera memajukan sektor pelancongannya, disamping mengurangkan kebergantungan ekonominya kepada sektor hydrocarbon.

Bilamanaa sistem penyampaian perkhidmatan awam, korporat dan swasta di negara berkenaan bertambah baik, untuk menarik segala bentuk pelaburan, diantara sektor utama yang dengan segera manfaatkan anjakan paradigma dalam sistem penyampaian dan perkhidmatan ini ialah sektor pelanconagan.

Pada masa yang sama, generasi anak-anak muda yang lebih cenderung menjalankan bisnes berbentuk owner-operator, diyakini akan berpusu-pusu, segera merebut peluang menceburi sektor ini. Justeru, hasrat melihat naratif yang sama iaitu pelancongan sebagai FDI mikro, juga akan terlaksana di Libya.

Sejak beberapa tahun ini, apabila Malaysia mengalih pendekatan strategiknya membangunkan sektor ini sebagai sektor mikro FDI, banyak pengalaman yang ditimba. Malaysia komited untuk kongsikan ilmu, pengetahuan, pengalaman, bakat dan kemahiran dalam sektor ini, dengan Libya.

Mr Mohamed Raied, Presiden Libyan Union of Chambers (L1) adalah rakan karib kepada Excellency Mr Nasreddine Milad Al-Fazzani (L5), Menteri Pelancongan & Kraftangan Libya

Sebagai pelancong, saya bersama Mr Walid Mandour (Egypt), seronok berada di Libya