November 23, 2026

malay.today

New Norm New Thinking

Malaysia-Libya Komited Manfaatkan Perkongsian Ilmu, Bakat & Kemahiran Dalam Pembangunan Literasi DE & AI

Semasa sesi penggulungan The Libyan Economic Forum 2026, Hasan berkesempatan berbicara dengan Excellency Dr Ziad Abdulwarith Al-Hajjaji, Menteri DE & AI Libya. Dek minat mendalam berkenaan subjek ini, kami berdua bersembang panjang semasa makan tengahari, di hari kedua Forum ini.

Kesimpulan perbincangan diantara kami ialah untuk Malaysia dan Libya berkongsi ilmu,  pengetahuan, bakat dan kemahiran dalam applikasi DE & AI, untuk pelbagai kegunaan dan keperluan, sama sepertimana agenda ini dibangunkan di negara-negara yang tahap literasi IT nya tinggi, seperti Saudi Arabia dan Estonia.

Excellency Dr Ziad sampaikan plak penghargaan kepada Hasan, sebagai International Speaker di Forum ini.

Malaysia dan Libya bukanlah dikalangan negara pemaju sektor DE & AI. Namun dengan kepesatan pembangunan sektor ini, sebagai negara pengguna, rakyat kedua-dua negara, Malaysia dan Libya wajarlah sentiasa celik dengan kemajuan yang pesat berlaku. Setidak-tidaknya rakyat kedua-dua negara hendaklah setara dari aspek kecelikan (literasi) penggunaan DE & AI, sebagai essential tools, untuk pelbagai kegunaan dalam kehidupan.

Sertai kami bersembang sama ialah Excellency Dr Jamal Bugrien, Menteri Hal Ehwal Pelarian & Hak Asasi Manausia, Libya

Pun begitu, kecelikan DE & AI hendaklah dibezakan dari ketagihan dan kebergantungan hidup teramat sangat kepada kedua-dua bidang ini, DE dan AI. Ia hanyalah tools, dan bukan pengganti kepada kecerdikan dan kebijaksanaan manusia sebagai insan rabbani yang berakal dan beradab.

Bagi maksud kerjasama dan perkongsian ilmu pengetahuan dalam bidang ini diantara Malaysia dan Libya, buat permjulaan ini MPM tubuhkan lima pasukan kerja yang setiap satunya ada peranan tersendiri. Namun dalam banyak suasana, akan ada integrasi diantara lima pasukan ini:

Dato Faridah A Jabbar, selaku Ketua Sekretariat MPM adalah Penyelaras kepada Inisiatif DE & AI @ MPM. Beliau akan selaraskan lima kumpulan kerja ini yang akan dijaringkan dengan sekutu di Libya, menerusi Excellency Dr Ziad Abdulwarith Al-Hajjaji, Menteri DE & AI Libya:

  1. Sdr Mohd Ridhun Shah terajui PPK berkaitan Community AI Literacy Program, memanfaatkan Sebina.AI Platform yang dibangunkan untuk pelbagai keperluan komuniti, dari komuniti masyarakat hinggalah komuniti bisnes.
  2. Dr Ahmad Nizar Harun, terajui PPK berkaitan Policy Framework dan Academic Excellence in DE & AI, termasuk urusan kordinasi, liaison dan inter-facing dengan kementerian dan agensi berkaitan
  3. Sdr Ridhwan Rosli terajui PPK berkaitan Smart Early AI Literacy Program for Upper Primary and Lower Secondary Education. Program ini dikendalikan dengan kerjasama KPM, manakala sebuah IPTS bekerjasama dalam pembangunan kurikulum.
  4. Ir Aziz ismail dan Sdr Rashdan Ramlee terajui PPK berkaitan Technopreneurship & DE-AI Solutions for All Purposes. Mereka berdua terajui kolaborasi dengan sektor awam, korporat dan swasta.
  5. Dato Dr Ahmad Firdaus Wan Teh dan Mr Omar Khamam of TechnoSet, adalah  Senior Partner to ZOHO. Mereka terajui PPK berkaitan Cloud Computing  dan yang berkaitan.

Sebagai persiapan awal bagi jalin kerjasama Malaysia-Libya dalam pembangunan sektor DE & AI, adalah justifiable diketahui terlebih dahulu status semasa kedua-dua bidang ini di kedua-dua negara.

Rujukan utama yang saya gunakan ialah IMD World Digital Report 2026.

Selain dari itu saya juga gunakan laporan dan indeks yang diterbitkan, misalnya oleh International Telecommunication Union (ITU) yang hasilkan ITU ICT Development Index (IDI). Indeks ini libatkan 176 negara, hasilkan indeks literasi digital dengan permarkahan 100%, berdasarkan agihan 40% berkaitan akses ICT,  40% penggunaan ICT dan baki 20% berkaitan kemahiran ICT.

Dikalangan negara-negara pengguna, tahap literasi rakyat Saudi Arabia di tangga pertama (99.2%), diikuti Estonia (98.5), Kuwait (98.4%) dan Qatar (98.4%).

Dari aspek applikasi ICT bagi tujuan kesiapsagaan ekonomi pula, IMD World Digital & AI Ranking meletakkan USA ditangga pertama, diikuti Singapaura dan Holland.

Pun begitu, bila dinilai dari aspek daya-saing DE, Switzerland berada di tangga paling berdaya-saing, diikuti USA.

Huawei Global Digital Index (GDI) pula menilai literasi digital dasi aspek pembangunan pra-sarana digital dan kepesatan sistem maklumat sesebuah negara. Indeks ini meletakkan USA teratas diikuti Singapura dan Sweden.

Rata-rata didapati, dikalangan negara-negara ASEAN, malah Asia, Singapura amat maju pembangunan sektor DE & AI mereka.

Bagi Malaysia pula, ODI Digital Literacy Index dan IMD Digital & AI Index 2026, meletakkan Malaysia di tangga ke-27 (dari 70 negara yang dikaji mengenai indeks ini). Kedudukan itu jauh bertambah baik berbanding prestasi tahun 2025 di tangga ke-34.

Prestasi itu  merupakan kedua terbaik dikalangan negara-negara ASEAN. Sekalipun ranking nya sedemikian, hakikatnya jurang literasi diantara Malaysia dengan Singapura amat lebar.

Kemajuan semasa ini Malaysia capai menerusi beberapa usaha, selain penubuhan kementerian khusus mengendalikan hal ehwal DE & AI ini. Diantara inisiatif yang hasilkan impak signifikan ini termasuklah pembangunan projek Malaysia Digital Talent Landscape, oleh MDEC bersama TalentCorp.

Bagi Libya pula, tidak berapa banyak maklumat dapat dikongsikan, selain dari laporan IMD World Digital Report 2026 itu.

Pun begitu dikalangan negara-negara Afrika, Libya berada di kedudukan ke-21 dari 46 negara Afrika dengan digital skill pada peratusan 24.25/100. Atau, jika merujuk kepada AI Talent Roadmap Index, ia pada paras 29.66/100.

Sekalipun kelebihan Malaysia tidaklah begitu besar berbanding Libya, MPM, bagi pihak Malaysia,  komited untuk bekerjasama dengan Libya, untuk sama-sama meningkatkan tahap literasi DE & AI rakyat kedua-dua negara.