Aku bermimpi tadi malam,
di sebuah hotel lima bintang,
dalam jamuan di meja ballroom dengan “dome” bercahaya,
Teman pas di sisi mengambil pinggan,
di kiri kenalan lama umno menghulur cawan,
dan Bersatu di kanan menghulur penganan,
di hujung meja sahabatku, Berjasa, membuka bicara
Rakan empat bersaudaraku, Adil, Amanah,Pejuang dan Muda menyambut mesra…..
Alangkah manisnya senyuman mesra
di majlis jamuan aneka warna,
Semuanya dicicip perlahan,
manis, pedas, masam segala
umpama masa usia remaja
tiada pantang segala semua
dicecah sama rasa
Begitulah hendaknya alam politik kita
bertingkah pantun bidalan lama
biduk lalu kiambang bertaut
air dicincang tidaklah putus
bulu ayam dicarik kan bercantum jua,
Paginya terjaga aku
mimpi semalam bisakah berlaku
atau berlalulah irama tanpa lagu…ke hujung rindu.
(Khamis 11.19pg)


More Stories
Penyatuan Melayu Bukan Melalui Parti: Isyarat Johor dan Negeri Sembilan
Perairan Kedaulatan Malaysia, Harta Strategik Yang Wajib Dipertahankan Bersama
Wacana Intelektual Nusantara – Keselamatan Maritim ASEAN (siri 3)