November 23, 2026

malay.today

New Norm New Thinking

Perlunya Libya Tingkatkan Produktiviti Institusi & Tenaga-kerjanya, Untuk Lebih Produktif & Berdayasaing

Libyan Economic Forum 2026 (LEF 2026), pada 11 dan 12 November 2026, di Tripoli, Libya,  adalah siri kedua Forum ini.

Tema Forum kali ini ialah Invest in Libya.

Saya diberi penghormatan berbicara atas tema International & Geopolitical Changes, Impacts of Local & Global Economies.

Selain pembentangan atas tema itu saya juga diajukan secara sepontan persoalan mengenai inisiatif penimbaan dan perkongsian ilmu dikalangan rakyat Libya, untuk turut sama secara aktif dalam agenda pembangunan ekonominya.

Respon kepada persoalan sepontan ini saya kongsikan dalam dua rencana, rencana ini dan satu lagi yang mengkhusus kepada keperluan meningkatkan bakat dan kemahiran, disamping ilmu.

Secara amnya, tahap literasi rakyat Libya adalah tinggi, iaitu diantara 91 hingga 98%. Maknanya, tiada masaalah bagi rakyat Libya menimba dan berkongsi ilmu.

Dalam rencana kedua saya sarankan Libya pertingkatkan usaha untuk rakyatnya bina kemahiran atau bakat tinggi, untuk lebih bersedia bekerja atau jalankan bisnes bersama pelabur ekonomi baru yang dipelawa memasuki Libya, atau Direct Domestic Investment (DDI) yang dibangunkan dikalangan State Owned Corporations (SOE).

Namun, dengan ilmu dan bakat atau kemahiran saja belum cukup membina keyakinan sepenuhnya para pelabur. Ia wajib diperlengkapkan dengan bukti menunjukkan produktiviti institusi dan tenaga kerja  Libya adalah tinggi.

UNDP, IMF dan beberapa organisasi global sudah bina indeks bagi menyukat tahap produktiviti institusi dan tenaga kerja sesebuah negara, menggunakan HDI (Human Development Index).

Buat masa kini, tiga negara  dianggap paling produktif adalah Iceland (0.972), Norway (0.970) dan Switzerland (0.970).

Dikalangan negara ASEAN, Singapura dianggap negara paling produktif dengan indeks 0.946 di ranking ke-13 dunia, manakala Malaysia di belakang dengan indeks 0.826.

Sayugia dimaklumkan, MPC (Perbadanan Produktiviti Malaysia), sudah mensasarkan untuk ranking Malaysia dinaikkan ke tangga 11 dunia, menjelang tahun 2030.

Bagi Libya pula, situasainya agak berbeza. Indeks HDI masih rendah sekalipun berada dalam kelompok di atas paras purata global. Agak membimbangkan, HDI Libya menurun buat masa kini (0.721) walhal, pada tahun 2022, indeksnya pada paras 0.746.

Kami di MPM amat maklum Libya sedang berusaha memperbaiki situasi ini.

Semasa kunjungan Ketua Pengarah NESDB ke Malaysia, Februari 2023, MPM aturkan pertemuan dengan MPC untuk mereka dapatkan ilham bagaimana produktiviti institusi dan tenaga kerja Libya mampu dipertingkatkan.

MPC dan MPM komited berikan kerjasama.

Pada April 2025, MPC sediakan modul latihan produktiviti untuk pertimbangan NESDB.

Pada Julai 2025, delegasi dua pegawai kanan NESDB melawat Malaysia dan MPM aturkan sesi perbincangan dengan MPC.

Susulan lawataan kerja itu ialah perancangan oleh NESDB untuk pelawa MPM dan MPC kendalikan bengkel peningkatan produktiviti di Libya. Cadangan terperinci sudah diajukan kepada NESDB, hanya menunggu masa yang sesuai untuk pihak NESDB laksanakan bengkel itu.

Hasan bersama Eng Quwaydir Abraheem Quwaydir, Ketua Pengarah NESDB Libya, semasa hadiri Libyan Economic Forum 2026, pada 11 dan 12 November 2026, di Tripoli Libya

Ramai kenamaan Libya, dikalangan Menteri, Penjawat Awam dan Usahawan serta Tokoh Korporat hadiri Forum itu.

Di Forum ini saya lontarkan untuk perkongsian peserta Forum, bahawasanya pihak NESDB sedang berusaha untuk meningkatkan produktiviti institusi dan tenaga kerja Libya.

Usaha NESDB ini, sepertimana respon saya kepada persoalan yang diajukan, adalah konsisten dengan keperluan bahawasanya,  ilmu, bakat & kemahiran dan daya produktiviti amat diperlukan bagi menarik pelaburan memasuki Libya.

Sayugia juga diketahui bahawa parameters yang digunpakai dalam menyukat HDI termasuklah daya-saing, daya-usaha, daya-cipta, daya-rentang dan daya-kekal,  dikalangan institusi dan tenaga kerja. Semua sifat-sifat ini yang menggambarkan tahap produktiviti, hendaklah juga disiapsiagakan lebih awal, bagi menarik pelaburan, samada yang berbentuk FDI, DDI malah pelaburan yang diklassifikasikan sebagai micro FDI dalam sektor pelancongan.