Oleh: Saleh Mohammad, Warga Kerja Pelaporan & Media MPM,
Bertempat di Wisma MPM Bina Daulah di Kuala Lumpur pada Selasa, 28hb Julai 2026, wacana Keselamatan Maritim ASEAN (siri ke-3) telah berlangsung.

Ahli panel terdiri dari YBhg Tan Sri Dr Mohd Yusof Nor, mantan Menteri Kanan Kerajaan Malaysia; YBhg Tan Sri Rastam Mohd Isa, mantan Ketua Setiausaha, Kementerian Luar Negara dan YBhg Kapten Dato Dr. Jaffar Lamri, Ketua Kluster Logistik & Perkapalan, Majlis Perundingan Melayu (MPM). Turut hadir hampir 60 orang ilmuan Melayu dalam pelbagai bidang kepakaran termasuk maritim, perkapalan dan geopolitik.
Memulakan wacana, Tan Sri Dr Yusof Nor mengimbau kembali semasa menuntut di Universiti Al-Azhar pada tahun 1967 di mana Israel melancarkan serangan terhadap Mesir yang memulakan Perang Enam Hari (Six-Day War). Presiden Gamal Abdel Nasser menyekat lorong perkapalan Israel dan mengumpulkan kehadiran tentera yang besar. Peristiwa ini menyedarkan Tan Sri bahawa pentingnya laluan laut untuk ekonomi dan perdagangan.
Terkini ialah konflik yang membabitkan Selat Hormuz.
Tan Sri juga mengingatkan bahana kalau laluan di Genting Kra di Thailand menjadi kenyataan.
Tan Sri Rastam memulakan perbahasan mengenai sejarah konflik antara negara-negara Asean berpunca daripada pertikaian wilayah, tuntutan bertindih dan perbezaan ideologi. Kuasa penjajah pula bertapak di rantau ini sejak abad ke-16 dan terkini, ialah masalah Rohingya dan perbalahan China-US.
Kawasan Selat Melaka, yang mana titik sempitnya kurang dari 3km dan Laut China Selatan merupakan kawasan penting yang mengendalikan 80% minyak impot China dan juga sumber perikanan untuk negara China, Taiwan & Thailand.
Setiap tahun, lebih kurang 120,000 kapal dagang merentasi Selat Melaka.
Pendapat peribadi Tan Sri mengenai laluan Segenting Kra, mungkin tidak menjadi kenyataan disebabkan faktor kos dan politik.
Berkenaan konflik antara China dan US terhadap Taiwan, Tan Sri berpendapat US mungkin kurang bersedia atau berselera selepas apa yang di hadapinya berperang dengan Iran.
Sementara itu, China merancang untuk menambah kapal pengangkut pesawat (aircraft carrier) kepada sembilan (sekarang ini hanya tiga buah).
Satu lagi kebimbangan ialah Garisan Sempang China 9 (China’s 9 Dash Line). Ia adalah tuntutan bertindih dengan tuntutan maritim beberapa negara Asia Tenggara. Tribunal Permanent Court of Arbitration (PCA) memutuskan bahawa tuntutan China itu tidak mempunyai asas undang-undang di bawah Konvensyen Undang-undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS).
Sementara itu, Code of Conduct for South China Sea belum lagi di muktamadkan oleh sebab beberapa perkara yang belum di persetujui.
Untuk memastikan rantau Asean mempunyai autonomi strategik tanpa dikuasai oleh mana-mana kuasa besar, konsep Pemusatan ASEAN (ASEAN Centrality) telah di perkenalkan untuk menentukan keselamatan dan kerjasama serantau yang tidak ditentukan oleh kepentingan kuasa besar terutama mengendalikan persaingan dasar AS-China. Pada masa yang sama menjaga kepentingan global ahlinya dan rakan serantau untuk mewujudkan peluang pembangunan melalui hubungan perdagangan dan pelaburan.
Dewasa ini, kerjasama ASEAN tertumpu kepada tiga tiang utama: PolitikKeselamatan, Ekonomi dan Sosiobudaya. Ianya termasuk pemuliharaan batu karang, yang mana perang akan beri impak buruk terhadap hidupan maritim.
The Great Pacific Garbage Patch di utara Lautan Pasifik adalah kawasan pengumpulan besar-besaran serpihan marin terapung (sisa mikroplastik).
Capt. Dato Dr. Jaffar Lamri mengingatkan jika berlaku keadaan seperti di Selat Hormuz di Selat Melaka.
Kita ada Tripartite Technical Expert Group, badan kerjasama maritim serantau yang ditubuhkan pada tahun 1970-an oleh Indonesia, Malaysia dan
Singapura. Misi terasnya adalah untuk meningkatkan keselamatan pelayaran, melindungi persekitaran marin, dan menyelaras pengurusan trafik di Selat Melaka dan Singapura.
Cabaran dan tadbir urus maritim kini telah berubah dan Capt. Dato Dr. Jaffar mengutarakan beberapa cadangan.
Cadangan
- ASEAN Integrated Maritime Domain Awareness – diperlukan untuk “common maritime operating picture”. Tujuannya untuk memantau memancing secara haram, penyeludupan, keganasan maritim, ancaman navigasi dan risiko pencemaran.
- ASEAN Maritime Crisis Early Warning & Response Mechanism – ASEAN tidak mengekalkan satu institusi kendiri dan diperlukan untuk kesediaan strategik yang proaktif. Perlu diadakan pemantauan konflik geopolitik, gangguan perdagangan, risiko tenaga, ancaman siber dan gangguan pelabuhan melalui perkongsian maklumat menerusi penilaian risiko, khidmat nasihat maritim, perancangan kontingensi dan tindak balas kecemasan.
- Perlindungan infrastruktur maritim yang kritikal seperti kabel dasar laut, pemasangan minyak dan gas luar pesisir, terminal LNG, pelabuhan, saluran paip dan sistem perhubungan maritime.
- Keselamatan tenaga (energy security) adalah keselamatan maritim – keutamaan harus diberi pada: kerjasama LNG, rizab strategik tenaga dan perlindungan terminal tenaga.
- Alihkan pertikaian kepada pengurusan risiko di Laut China Selatan dengan pendekatan melalui dialog, kerjasama dan pembinaan keyakinan.
- Kerjasama Malaysia-Indonesia-Singapura (Nusantara Maritime Security Triangle) melalui kesedaran domain maritime, tindak balas pencemaran, keselamatan siber dan keselamatan pelayaran.
- Dana Keselamatan dan Ketahanan Maritim Asean (Asean Maritime Security and Resilience Fund).
- Pembangunan modal insan maritim Asean – latihan, pendigitalan, perkapalan hijau (green shipping), keselamatan siber dan kepimpinan.
Lima tiang kekuatan (5 pillars) di Selat Melaka ialah:
- Keselamatan maritim dan kesedaran domain
- Laluan laut strategik yang selamat
- Ketahanan rantaian bekalan makanan dan tenaga
- Perlindungan infrastruktur maritim yang kritikal
- Teknologi & inovasi modal insan
Capt. Dato Dr. Jaffar merumuskan, “ASEAN TIDAK MUNGKIN MENGHALANG SEMUA KONFLIK DUNIA, TETAPI ASEAN BOLEH MEMASTIKAN TIADA KONFLIK GLOBAL MAMPU MELUMPUHKAN KESELAMATAN, PERDAGANGAN DAN KEMAKMURAN NUSANTARA”.
Perbincangan:
- Ideoloji Nusantara ialah penyatuan bangsa dan negara.
- Pentingnya hubungan kerjasama.
- Pancasila berbanding Rukun Negara – pemahaman dan penghayatan lebih hebat di Indonesia terhadap Pancasila dengan penggunaan isu semasa untuk jatidiri dan menaikkan semangat. Di Malaysia hanya hafalan.
- Harus menaikkan semangat generasi muda di bulan kemerdekaan.
- Serbuan tentera AS dan penculikan Presiden Venezuela pada awal tahun dilihat sebagai pelanggaran yang mendalam terhadap perintah undang-undang antarabangsa pasca 1945 dan menandakan regresi berbahaya.
- Malaysia ada kepakaran dalam kawalan maritim.
- Korupsi maritim sebenarnya ialah korupsi pegawai penguatkuasa.
Akhir kata, wacana ini boleh menyatukan suara dan kehendak rakyat dan di salurkan kepada pihak kerajaan.

More Stories
Perairan Kedaulatan Malaysia, Harta Strategik Yang Wajib Dipertahankan Bersama
MRSM: Daripada Mengenal Potensi kepada Membina Negara, Bagaimana AI dan Analitik Bakat Boleh Merevolusikan Pendidikan Malaysia
Keselamatan Maritim ASEAN: Membina Kesepakatan Nusantara Demi Kedaulatan Serantau