Tentu ramai yang masih ingat bagaimana gerakan Arab Spring berjaya jatuhkan beberapa pemimpin hebat di beberapa negara Arab.
Ia bermula dari kematian seorang remaja Tunisia, Mohamed Bouazizi, pada 17 Disember 2010. Beliau hanyalah seorang remaja vendor jalanan, yang sering diganggu-gugat dengan kekasaran dan rasuah oeh pihak berkuasa.

Kemarahannya memuncak lantas membunuh diri.
Kematiannya tidak sia-sia. Rakyat, terutama dikalangan remaja, seluruh Tnisia bangkit menentang kekejaman, penindasan dan rasuah pemimpin dan pihak berkuasa.
Mohamed Bouazizi dah pun mati. Arwah tak tahu pun tindakannya itu cetuskan kebangkitan rakyat, menular ke beberapa negara Arab dan MENA, sehinggakan beberapa pemimpin maha hebat jatuh digulingkan rakyat. Ada diantaranya yang terbunuh.
Mana kita dapat menyangka, kematian arwah adik Zara Qairina, yang berbagai pihak cuba sembunyikan punca kematiannya, tapi, tak sampai sebulan, pihak berkuasa terpaksa bertindak terhadap pegawainya sendri, yang cuba menutup kes ini. Betapa hebatnya kebangkitan rakyat Sabah menuntut keadilan.
Genap sebulan sejak kematian arwah adik Zara Qairina, kerajaan tidak boleh lagi terpekik-terlolong menyalahkan rakyat konon katanya dipedaya dengan pelbagai dakyah.
Dalam pada itu ada pulak pemimpin yang nak buat lawak menawarkan ganjaran kepada sekolah yang paling rendah tahap bulinya. Masuk akal ke insiden sebegini dijadikan bahan lawak oleh pemimpin.
Apa pun, Arwah adik Zara Qairina dah jadi srikandi Sabah, sehebat arwah remaja Tunisia, Mohamed Bouazizi. Pemergian mereka kembali kepada-Nya Yang Maha Esa, sudah tercatit dalam sejarah. Rakyat Sabah akan sentiasa merundui arwah adik Zara Qairina, sama seperti rakyat Tunisia mengingati arwah Mohamed Bouazizi.
17 Ogos 2025, tarikh bermulanya Sabah Spring, hanyalah berselang 15 tahun kurang 4 bulan, dari tarikh Arab Spring pada 17 Disember 2010..
Hebat, Bermaruah dan Diberkati hendaknya rakyat Sabah.
PRN Sabah hanya beberapa minggu saja lagi. Pandai pandai lah Rakyat Sabah memilih siapa dikalangan mereka dalam gelombang Sabah Spring, untuk mengembalikan kegemilangan Negeri Di Bawah bayu itu. Sabah Spring hebat bah!
Tapi saya masih tertanya-tanya, bagaimana kematian 15 pelajar UPSI yang terlibat dalam kemalangan bas dalam perjalanan melalui lebuhraya maut, Gerik, pada 9 Jun 2025 lepas? Hanya pemandu malang dan syarikat bas hantu saja kah yang dipersalahkan?
Bagaimana agaknya reaksi seluruh negara jika kemalangan maut sedemikian menimpa pelajar sebuah universiti swasta sebelah sana?.
Atau pelajar sebuah SJKC?
Sama saja, tentu semua pihak yang bertanggung-jawab nyenyak tidur malam.
Pandai-pandai lah beberapa kerat pegawai polis dan pegawai JPJ selesaikan masaalah remeh seperti itu.
More Stories
Himpunan Solidariti Rakyat Tolak RUU URA: Pendirian Tegas MPM
RUU Pembangunan Semula Bandar: Pendirian Tegas MPM Demi Masa Depan Bumiputera
Opportunities for Malaysia’s Ports: Time to Reclaim Our Maritime Edge