Kami dengan sukacitanya ingin mengumumkan satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) yang akan diadakan antara Bumiputera Economic Cluster (BEC) MPM dan Persatuan Permuafakatan Perdagangan Malaysia-China (Henan) (PPPMC). Majlis ini bertujuan memulakan usaha perdagangan antara Malaysia dan Wilayah Henan, China, dengan fokus khusus kepada eksport durian premium ke Zhengzhou, ibu negeri Henan yang terkenal dengan pelabuhan darat terbesar di China.

PPPMC diterajui oleh Pengiran Noordin @ Sabdin bersama-sama warga China dari Henan, Puan Jessie Zhang. Projek kerjasama ini dimulakan pada waktu yang sangat tepat, memandangkan musim durian hampir tiba. Melalui MOU ini, diharapkan durian premium Malaysia dapat memasuki pasaran Henan, membuka peluang besar bagi pengusaha durian tempatan.
Tambahan pula, baru-baru ini, Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke, telah melawat bandaraya Zhengzhou dan mengumumkan beberapa inisiatif besar dalam bidang pengangkutan dan logistik. Lawatan YB Menteri di Zhengzhou telah diselaraskan oleh pihak PPPMC, menunjukkan betapa pentingnya kerjasama ini dalam mengukuhkan hubungan perdagangan antara Malaysia dan China.
MOU ini juga bertujuan untuk memastikan produk dan perkhidmatan usahawan Malaysia, khususnya dalam kalangan Bumiputera, dapat menerima manfaat secara langsung. PPPMC akan membuka sebuah “physical marketplace” di Zhengzhou sebagai platform bagi produk-produk usahawan Malaysia, memberi peluang lebih besar kepada mereka untuk menembusi pasaran China.
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) ini akan diadakan pada:
Tarikh: 14 Jun 2024 (Jumaat)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Wisma MPM, Jalan Ledang, Kuala Lumpur
Kehadiran warga BEC MPM amat dialu-alukan untuk memeriahkan majlis ini.

More Stories
Melayu Boleh Bersatu Walaupun Berbeza Parti: Menjadikan Manifesto Sebagai Aku Janji Bangsa
Sidang Meja Bulat Tolak UEC: Isu Pendidikan atau Isu Masa Depan Negara?
Krisis Kepelbagaian Biologi: Sambutan atau Tanggungjawab?