Mei 11, 2026

malay.today

New Norm New Thinking

Penggubalan URA: Bangsa Melayu Mesti Berani Terimanya Dengan Bersyarat

Kebanyakan kelompok pemegang-taruh bangsa Melayu gusar dengan penggubalan akta itu.
Saya faham mengapa.
Mari kita lihat implikasi penggubalan akta ini dari sudut demografi negara ini, di masa akan datang.

Unjuran oleh DOSM menyatakan, menjelang tahun 2065, hampir 80% penduduk Negara ini yang seramai 42 juta, adalah bumiputera. Sekitar 80% darinya dijangka bermastautin di bandar.
Maknanya, menjelang tahun 2065, sekitar 64% warganegara dari kalangan bumiputera akan bermastautin di bandar.

Tentunya mereka hendak ada perumahan, kemudahan kediaman, pra-sarana dan ameniti yang kondusif, bagi pastikan kualiti kehidupan (QoL) yang baik dan tahap kehidupan (Standard of Living, SoL) yang seimbang.

Jargon ‘rumah mampu milik’ rasanya kurang sedap didengar. Kemampuan memiliki rumah kediaman yang selesa dengan kualiti kehidupan mereka, yang merupakan satu kemestian, sepatutnya dijadikan rujukan atau bench-marking oleh kerajaan.

Untuk bumiputera hidup sejahtera di bandar dan mampu miliki rumah kediaman yang sesuai, mereka mestilah berpendapatan sesuai dengan kos sara-hidup di bandar.

Untuk mereka beli rumah yang sesuai dengan QoL dan SoL masing-masing, mereka mestilah diupayakan untuk perolehi pendapatan yang diukur dengan GDP/kapita, yang mencukupi.
Tidak bolehlah 64% warganegara bumiputera bermastautin di bandar tetapi tergolong dalam kategori B60.

Hatta, Kerajaan hendaklah berpertanggung-jawab merencana pembangunan negara bagi pastikan setiap rakyatnya, terutama bumiputera, tak kiralah samada mereka memilih tinggal di bandar atau di desa, mampu raih pendapatan mengikut sukatan GDP/kapita memadai untuk kehidupan yang sejahtera.

Kami sokong penggubalan akta URA, dengan syarat itu.

Soalnya, bukan kami rakyat yang mesti beli rumah mampu milik. Soalanya mampukah Kerajaan merencana pembangunan negara bagi pastikan semua rakyatanya sejahtera dan raih pendapatan mengikut sukatan GDP/kapita yang mencukupi.
Hatta, perancangan oleh kerajaan mestilah bersasar dan tercapai.

Menjelang tahun 2065, semua rakyat negara ini terdiri dari golongan yang samada book-smart atau street-smart. Apa juga pilihan mereka, semuanya mesti raih pendapatan yang mampu selesakan kehidupan mereka, termasuk pemilikan rumah yang bersesuaian dengan keperluan, QoL dan SoL mereka. Bukan sekadar ‘rumah mampu milik’.

Kerajaan hendaklah bekerja keras bagi berikan jaminan itu. Bangsa Melayu hendaklah juga bekerja keras memperkasakan kekuatan ekonominya.

Maknanya, setiap usaha Kerajaan untuk tambahbaik governance dsb, hendaklah dilihat oleh bangsa Melayu dari perspektif ianya sebagai satu peluang. Namun, mestilah juga ada syarat kepada Kerajaan untuk sesuatu inisiatif itu, seperti penggubalan URA ini, dilihat sebagai satu peluang memiliki rumah selesa di bandar. Maknanya, hasrat kerajaan itu mesti dapat sokongan atau perakuan bangsa Melayu, sebelum dilaksanakan.

Maknanya, Kerajaan dan bangsa Melayu mesti ada keberanian bersama untuk realisasikan hasrat membangunkan semula bandar-bandar di Malaysia.

Jika keberanian bersama ini tidak terbina, menjelang tahun 2065, dikhuatiri kita akan saksikan gelombang kemiskinan bandar yang lebih ganas, dengan bangsa Melayu sebagai mangsa utamanya.

Dato Dr Hasan Mad, MPM
25-8-2025