Ye, dada kami sebak.
Mana kan tidak, selak apa juga berita, semuanya menyebakkan.
Berita hal ehwal politik usahlah dibelek, memanglah senantiasa menyebakkan.
Puak sebelah sana semakin ganas dapat kuasa politik. Siang-malam sebak dada dibuatnya.
Belek hal ehwal pendidikan pun sama.
Dah begitu kot agaknya di luar sana. Itu norma baru katanya.
Dalam berpolitik, nampak gayanya arena ini hanya untuk mereka yang berbudayakan ‘the political street-fighting’.
Norma baru dalam bidang ekonomi lagi banyak. Elolah tak dibaca.
Kian ramai pemegang amanah ekonomi bukan dikalangan ASWJ, hatta, mereka kata mereka tak bertanggung-jawab ‘menjaga harta’.
Yang masih berpegang kepada maqasid itu hanya kiyai dan ulamak dalam surau dan masjid saja.
Norma baru dalam tatakelola pelbagai institusi pun dengar ceritanya lebih kurang macam itu, erat didakap pelbagai sifat mazmummah.
Yang nak bersifat mahmudah masih ada, hanya dikalangan mereka yang memilih berkawan dengan SPRM.
Norma baru dalam alam pendidikan nampaknya bermula dengan tertib merosakkan adab anak-anak, ibarat membasuh kain putih dengan lumpur dan najis.
Membuli bukan lagi norma baru. Ia dah jadi budaya baru.
Cerita membina akhlak untuk jadi ASWJ, hanya untuk bacaan khutbah sebelum Solat Jumaat saja.
Norma baru dalam bidang pertahanan bukan sekadar menyebakkan. Terbukti sudah tiada jaminan keselamatan kepada kita semua.
Bendera negara sengaja dipasang terbalik pun tak boleh ditegur, jauh sekali diambil tindakan. Terserlah sudah puak-puak ini adalah pembenci kedaulatan negara, bahasa mudahnya, pengkhianat.
Entah apa lagi norma yang baru.
Ye, dada kami dah cukup sebak.
Tidak, norma baru itu bukan sebahagian dari hidup kami.

More Stories
Himpunan Solidariti Rakyat Tolak RUU URA: Pendirian Tegas MPM
RUU Pembangunan Semula Bandar: Pendirian Tegas MPM Demi Masa Depan Bumiputera
Opportunities for Malaysia’s Ports: Time to Reclaim Our Maritime Edge