Pengiktirafan UEC bukan ujian politik.
Ia ujian oleh beberpa pertubuhan dikalangan kaum Cina terhadap kekuatan tali perpaduan dan semangat setiakawan diantara kaum di negara ini.
Mereka sengaja enggan guna istilah Bahasa Melayu, tegar gunakan istilah Bahasa Malaysia, satu istilah yang tidak pernah diiktiraf.

Mereka sengaja guna istilah Semenanjung Malaysia, tidak Semenanjung Tanah Melayu, kerana enggan terima apa juga istilah yang ada perkataan ‘Melayu’.
Sejak kebelakangan ini ketegaran mereka semakin terserlah. Nampak seolah-olah parti politik dokongan mereka , DAP, yang nak jadi hero. Bukan. DAP sekadar kuda tunggangan mereka saja, kebetulan terdapat beberapa watak dikalangan pemimpin DAP yang nak jadi hero.
Hakikatnya, pertubuhan ini ambil kesempatan tatkala Perdana Menteri dibebani beberapa isu nasional yang getir. Inilah masa terbaik bagi mereka untuk membebankan lagi Perdana Menteri dengan isu-isu perkauman, seperti pengiktirafan UEC ini.
Ada banyak sijil, diploma atau ijazah antarabangsa dan tempatan yang diiktiraf atau ditolak oleh negara ini. Setiap penerimaan atau penolakan adalah bersebab.
Penolakan UEC bukan saja di Malaysia, malah di Singapura. Alasannya sama.
Ini adalah cabaran kepada si penjolok sarang tebuan:
- Beranikah pertubuhan ini buat satu pameran terbuka mengenai sistem peperiksaan UEC ini dan hidangkan semua buku-buku teks yang diajar untuk duduki peperiksaan ini.
- Beranikah sekolah-sekolah vernakluar yang terbabit dengan peperiksaan UEC ini menempatkan guru-guru Melayu mengajar subjek Bahasa Melayu, Sejarah dan Sivik, mengikut sukatan pelajaran yang disediakan dan atau diperakui KPM, di semua sekolah-sekolah mereka?
- Beranikah sekolah-sekolah itu benarkan nazir KPM melawat dan memeriksa keseluruhan sistem persekolahan dan peperiksaan UEC itu.
Sudah terlalu acapkali, siapa juga terajui kepimpinan negara ini akan diuji oleh pertubuhan ini dengan berbagai isu-isu yang ternyata rasis.
Tiba masanya bukan saja UEC tidak diiktiraf, tetapi juga pertubuhan ini mesti diharamnkan. Ia adalah racun lepada semangat setiakawan. Ia gunting dalam lipatan yang senantiasa menggunting untuk memutuskan tali perpaduan.
Jika tidak segera diharamkan, api kebencian kaum akan semakin marak. Tali perpaduan akan semakin genting. Semangat setiakawan antara kaum yang berakar umbi ribuan tahun yang silam, terutama diantara dua rumpun bangsa utama, yang asalnya Melayu dan Mongol, akan tercemar.
Saya tahu, pertubuhan sehina itu tidak akan berhenti menghidupkan api perkauman.
Saya juga hendak pertubuhan itu, orang Melayu juga sudah hilang sabar dengan kerenahnya.
Hormatilah peringatan Arwah Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin pada April 1978: Merdeka deal – keep the bargain. Jika tidak reti hormati kami, tidak ada sebab kami perlu hormati kamu
Dato Dr Hasan Mad
Setiausaha agung MPM
15 Disember 2025

More Stories
Media Tempatan dan Naratif Memburukkan Entiti Bumiputera: Satu Renungan Terhadap Arah Pemikiran Bangsa
Air Yang Mereka Tinggalkan
DBP: Benteng Buku, Bahasa dan Bangsa di Era Digital