Oktober 5, 2025

malay.today

New Norm New Thinking

Pelan Kemakmuran Melayu 2065: Tanggung-jawab Menjaga Zuriat (Hifz al-Aql)

Ini adalah siri rencana saya yang keenam dalam usaha membina kerangka Pelan Kemakmuran Melayu 2065 (PKM-2065), sebelum memasuki bab pembinaan rekabentuk, pengisian pelan dan tindakannya.

Saya terhenti menulis rencana dalam siri ini kerana sibuk menyantuni pelawat dari National Economic & Social Development Board, Libya (NESDB) yang berkunjung ke negara kita selama seminggu, 14 – 21 Julai 2025 lepas.

Sekadar mengulangi matlamat utama penggubalan PKM-2065 ini ialah:

  • Pertama: menjulang martabat dan kesejahteraan bangsa Melayu, sebagai bangsa universal (universal Malays) yang berdaulat, bertamadun dan bermaruah;
  • Kedua: memakmurkan masyarakat bangsa Melayu dimana jua mereka berada di alam semesta (universe) ini.
  • Ketiga: menjaga negara berdaulat ini. Hanya inilah Tanahair kita.

Menjelang tahun 2065, DOSM mengunjurkan penduduk Malaysia dianggarkan seramai 42.1 Juta. Sekitar 79.4% darinya adalah bumiputera (hampir 60% darinya adalah keturunan Melayu); 14.8% keturunan Cina dan 4.7% keturunan India.

Maknanya, kemakmuran negara amat bergantung kepada kekuatan bangsa Melayu. Ia juga membawa maksud, jika zuriat keturunan kita kukuh, kukuhlah kemakmuran negara.

Rencana ini memfokas kepada tanggung-jawab bangsa Melayu, sebagai Ahli Sunnah Wal-Jamaah (ASWJ), menjaga zuriat (hifz al-nasf). iaitu turutan tertib pasak maqasid syariah keempat.

Menjaga zuriat dan keturunan dalam Islam amat penting. Dari aspek saintifik, bermula sejak dilahirkan, sesuatu zuriat itu miliki satu set genetik lahiriah (genotype) yang akan terdedah kepada pelbagai faktor persekitaran untuk lahirkan ia menjadi seorang insan, dalam bentuknya yang zahiriah (phenotype).

Sewaktu dilahirkan, perwatakan zahiriah (phenotype) seseorang itu ‘seputih’ perwatakan lahiriah (genotype), iaitu: Vp = Vg.

Bila ia lalui proses pembesaran, ada banyak faktor persekitaran yang pengaruhi phenotype seseorang itu:

Vp = Vg + Ve + ……..+ Vn

Variable zahiriah, Vp, adalah manifestasi betapa variable lahiriah, Vg yang terdedah kepada pelbagai variable persekitaran, Ve.

Pengaruh banyak diantara variables itu amat mencabar, kecuali seseorang insan itu berada dalam persekitaran asuhan, didikan dan pembesaran yang terancang.

Tiga variables ini, dikenali sebagai 3D Variables, adalah diantara ancaman utama seseorang insan itu dalam fasa kehidupan kanak-kanak hingga remaja. Jika tiga variables ini dapat kuasai merka semasa kehidupan itu, besar kemungkinan mereka akan terjerumus menjadi sesorang insan bersifat mazmummah. Variables 3D yang dimaksudkan ialah Dadah, Dakwah songsang & Disco-Drink culture. Jika mereka dapat jauhinya, InshaAllah mereka akan lebih berupaya membina sifat-sifat mahmudah dalam dirinya.

Merujuk kepada dokumen yang disediakan oleh JAKIM, apa yang dimaksudkan ‘menjaga zuriat’ termasuklah:

  • Memelihara keturunan
  • Memelihara sistem sosial & masyarakat
  • Memelihara alam-sekitar dan khazanah alam
  • Mengwujudkan undang-undang keluarga, menjaga maruah dan keturunan

JAKIM turut kaitkan perihal menjaga zuriat dengan sekurang-kurangnya 12 dari 17 teras utama SDG yang disyorkan UNDP. Ia turut kaitkan salah satu dari tujuh teras dalam dokumen Dasar Kemakmuran Bersama 2030 (DKB 2030) anjuran Kerajaan Pakatan Harapan, sekitar tahun 2019.

Selain dari penekanan yang dibuat oleh JAKIM itu, kerangka PKM-2065 ini sarankan agar akses kepada dua sistem pendidikan ini, wajib dibuka secara automatik kepada semua anak bangsa:

  • Sistem pendidikan Permata Pintar, yang kini dilebarkan dengan beberapa opsyen samada program kecemerlangan akademik, mahupun latihan atau asuhan bakat, dalam pelbagai bidang, untuk anak-anak yang diklassifikasikan sebagai PERMATA.
  • Sistem pendidikan ilmu tahfiz (ulul albab) yang disepadukan dengan beberapa opsyen pendidikan, samada akademik, TVET, bakat, pengurusan eksekutif mahupun kepolisan atau ketenteraan, dalam satu rantaian penuh sistem pendidikan, dari pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah memengah hinggalah ke tahap sistem pendidikan tertiary dan post-tertiary.
  • Berselang dalam setiap fasa sistem mpendidikan yang dipilih itu, hendaklah juga diselitkan sistem latihan ketahanan mental dan fizikal, bagi bina jati-diri atau resilience seseorang itu kepada pelbagai cabaran dan ujian dalam memainkan peranan masing-masing, agar mereka tidak hilang arah dan kekal kental bersifat mahmudah.

Sebagai penutup dan mengingatkan kita Dasar Induk Negara yang pernah kerajaan gubal untuk manfaatkan kita bangsa Melayu, iaitu DEB 1970, saya paparkan matlamat utama dan teras Dasar itu, yang didampingkan dengan matlamat dan teras PKM-2065 ini.

DEB 1970, Dasar Induk Negara:

I. Matlamat Utama:

  • Basmi kemiskinan
  • Kuncupkan jurang kemakmuran antara kaum dan antara wilayah

II. Teras Utama:

  • Ujudkan peluang pekerjaan
  • Ujudkan peluang perniagaan
  • Ujudkan peluang pemilikan ekuiti

PKM-2065:

I. Matlamat Utama:

  • Julang martabat & kesejahteraan Bangsa Melayu
  • Makmurkan masyarakat Melayu di mana jua mereka di alam semesta ini.
  • Jaga kedaulatan Tanahair ini

II. Teras Utama:

  • Menjaga Agama: Semua Bangsa Melayu adalah ASWJ
  • Menjaga Kehidupan: Penarafan Indeks QoL Patuh-syariah 10 Teratas Dunia
  • Indeks Work-Life Balance, 10 terbaik dunia
  • Menjaga Akal: Sistem pendidikan Islamik bersepadu
  • Penarafan pelbagai indeks berkaitan pendidikan dalam kelompok 10 terbaik dunia
  • Menjaga Zuriat: Semua anak bangsa bebas gejala 3D
  • Menjaga Ekonomi: (Rencana berikutnya)

Dato Dr Hasan Mad
Setiausaha Agung MPM
CEO The Global Academy @ MPM

27 Julai 2025 (2 Safar 1447H)