Oktober 5, 2025

malay.today

New Norm New Thinking

Pelan Kemakmuran Melayu 2065: Tanggung-jawab Menjaga Nyawa (Hifz al-Nafs)

Ini adalah siri rencana saya yang keempat dalam usaha membina kerangka Pelan Kemakmuran Melayu 2065 (PKM2065), sebelum memasuki bab pembinaan rekabentuk, pengisian dan pelan tindakannya.

Sekadar mengulangi matlamat utama penggubalan PKM2065 ini ialah:

Pertama: Menjulang martabat dan kesejahteraan bangsa Melayu, sebagai bangsa universal (universal Malays) yang berdaulat, bertamadun dan bermaruah;

Kedua: memakmurkan masyarakat bangsa Melayu dimana jua mereka berada di alam semesta (universe) ini.

 

Hatta, PKM2065 ini bukanlah pelan bagi bangsa Melayu di bumi Tanah Melayu ini saja.

 

Teras utamanya pula, iaitu sesuatu yang boleh disukat pencapaiannya,  berdasarkan setiap pasak maqasid syariah.

 

Rencana ini memfokas kepada tanggung-jawab bangsa Melayu, sebagai Ahli Sunnah Wal-Jamaah (ASWJ), menjaga nyawa (hifz al-Nafs). iaitu turutan tertib pasak maqasid syariah kedua. 

 

Istilah asalnya, menggunakan perkataan “menjaga nyawa”, digunakan semasa zaman Baginda Rasulullah. Ia adalah istilah yang mudah difahami di zaman itu.

 

Sesuai dengan perkembangan semasa, tidak salah kita perluaskan istilah nyawa itu yang ia membawa maksud kehidupan. Untuk itu, dalam rencana ini saya akan sentiasa rujuk maqasid ini sebagai tanggung-jawab kita semua bangsa Melayu, sebagai ASWJ, menjaga kehidupan.

 

Dalam penyediaan Indeks Syariah yang dilancarkan awal tahun 2015 dan kemudiannya disemak semula di era Kerajaan Pakatan Harapan, JAKIM gariskan elemen berkaitan menjaga nyawa, seperti berikut: 

  • Memastikan kelangsungan kehidupan makhluk ciptaan Allah.
  • Memelihara NYAWA adalah interpretasi kepada memelihara persaudaraan sosial, keadilan, keselamatan hidup dan sebagainya.
  • Semua rakyat berhak untuk hidup dengan tenang tanpa gangguan, menjadi tanggungjawab kerajaan mengelakkan perkara-perkara yang boleh memudaratkan nyawa rakyat.
  • Setiap rakyat Malaysia dijamin keselamatan dan keamanan, menikmati kemudahan dan pembangunan yang inklusif dan mengelakkan apa jua kemudaratan kepada kehidupan.

 

JAKIM turut kaitkan skop maqasid ini dengan sepuluh (10) dari tujuh-belas (17) tunggak Sustainable Development Goals (SDG) yang direncanakan oleh UNDP.

 

Malah, JAKIM turut kaitkan maqasid ini dengan tujuh (7) teras yang terkandung dalam kertas dasar Wawasn Kemakmuran Bersama 2030 yang digubal oleh Kerajaan Pakatan Harapan  dan dilancarkan pada Oktober 2019.

 

Saya belum terjumpa di peringkat antarabangsa, pembangunan indeks penjagaan kehidupan yang dibangunkan oleh mana-mana institusi atau ilmuan Islam, yang dikaitkan dengan maqasid ini.

 

Dikalangan negara-negara Barat, terdapat banyak rujukan yang boleh digunapakai dan boleh diadaptasi untuk bangunkan satu penanda-aras atau indeks bagi menyukat usaha menjaga kehidupan bangsa Melayu sebagai ASWJ.

 

Saya kongsikan di sini dua diantaranya. Pertama, oleh sekumpuian pengkaji di USA dan kedua, ialah indeks kualiti kehidupan (Quality of Life Index, QoL) yang dibangunkan oleh The Economist Intelligence Unit, UK.

 

Takrifan kualiti kehidupan.

 

Ryan M. Yonk, Josh T. Smith and Arthur R. Wardle (2017), dari USA menyatakan para ilmuan dikalangan bidang sains sosial mentakrifkan QoL sebagai satu instrumen bagi memudahkan seseorang buat pengamatan mengenai pola kehidupan sesebuah komuniti. Darinya, bolehlah digunakan untuk tujuan penyedian preskripsi penggubalan dasar bagaimana hendak dimakmurkan sesuatu komuniti itu.

 

Takrifan mengenai QoL lazimnya berbeza diantara para ilmuan atau institusi pengkaji perkara ini. Ia tertakluk kepada keutamaan mereka itu. Hatta, tiada satu takrifan QoL yang universal, justeru, tiadalah satu indeks QoL yang dapat diterima dan digunapakai secara meluas.

Sebagai contoh, Lambiri et al.(2006), gunapakai parameter ini sebagai penyukat QoL:

  • natural environment (climate, state of natural environment, etc.),
  • built environment (type and state of building, etc.),
  • socio‐political environment (community life, political participation, etc.),
  • local economic environment (local income, unemployment, etc.),
  • cultural and leisure environment (museums, restaurants, etc.),
  • public policy environment (safety, health care, education provision, etc.) 

Ryan M. Yonk, Josh T. Smith and Arthur R. Wardle (2017) pun tak sekata dengan Lambiri et al, seraya mengsyorkan klassifikasi 5+1 berikut sebagai asas bagi menyukat QoL:

  • public safety,
  • health,
  • infrastructure,
  • education,
  • economic environment,
  • and other (anything that did not fit within the other five categories).

 

Rujukan di bawah ini pula saya petik dari rencana siaran oleh The Economist Intelligence Unit, UK. Mereka gunakan sembilan (9) penanda-aras berikut sebagai parameter bagi menyukat QoL. Setiap parameter itu ada pemberatnya sendiri yang tidak seragam antara satu sama lain.

 

Bila setiap penanda-atas itu diterjemahkan kepada sukatan berbentuk kuantitatif, bersandarkan kepada 100.0 mata penuh QoL, akan terhasilah satu angka QoL bagi setiap negara atau masyarakat.

 

Penanda-aras QoL (determinants of quality of life , QoL)  dan rujukan berkaitan bagi setiap satunya, yang The Economists Intelligence Unit gunakan adalah:

 

1. Kesejahteraan (material wellbeing)

Disukat berdasarkan GDP/kapita.

Rujukan Utama: Economist Intelligence Unit dan IMF

 

2. Kesihatan (health)

Menyukat unjuran jangka hayat etc.

Rujukan Utama: US Census Bureau & WHO 

 

3. Kestabilan politik & keslamatan (political stability & security)

Dua sukatan utama iaitu kestabilan politik dan keselamatan.

Rujukan Utama: Economist Intelligence Unit

 

4. Hubungan keluarga (family relation)

Dintara petunjuk yang disukat termasuklah kadar perceraian (per 100 keluarga).

Rujukan Utama: UNDP dan Euromonitor

 

5. Riwayat Komuniti (community life)

Antara perkara yang disukat mengenai komuniti termasuklah kekerapan berkunjung ke rumah ibadah, penyertaan dalam NGO kemasyarakatan dan penyertaan dalam NGO/Trade Union.

Rujukan Utama: ILO, World Values Survey

 

6. Iklim & geografi (climate and geography)

Ia ambilkira faktor alam-sekitar, iklim dan beberapa faktor geografi yang secara langsung pengaruhi QoL.

Rujukan Utama; termasuk laporan dari CIA World Factbook

 

7. Jaminan pekerjaan (job security)

Kadar pengangguran juga cerminkan tahap keselamatan atau jaminan kehidupan seseorang atau sesebuah masyarakat.

Rujukan Utama: Economist Intelligence Unit & ILO

 

8. Kebebasan hak asasi (political freedom)

Ia lebih kerap digunakan sebagai acuan Barat.

Bagi bangsa Melayu yang akui diri mereka adalah ASWJ, budaya politik berhemah adalah keutamaan kita.

Rujukan Utama: Freedom House

 

9. Kesaksamaan gender (gender equality)

Dalam Islam memang jelas agenda kesaksamaan gender ini. Islam sama-sekali tidak mendiskriminasikan wanita.

Rujukan Utama: UNDP Human Development Report

 

Sebaik saja Pasukan Petugas galas tugas untuk perincikan kerangka PKM2065 ini, mereka akan dalami lagi keperluan dan penggunaan indeks ini.

Bagi tujuan rencana ini sebagai petunjuk kepada halatuju penyediaan PKM2065, memadailah saya ajukan dua rujukan ini, dengan model QoL Index yang dicipta oleh The Economist Intelligence Unit sebagai rujukan utama dengan penanda-aras yang boleh diadaptasikan untuk dipatuh-syariahkan.

 

Penarafan terakhir oleh The Economist Intelligence Unit, meletakkan Malaysia di kedudukan 40/173 dari 173 buah negara yang dilbatkan dalam penarafan itu. Ia adalah yang terbaik dikalangan negara-negara ASEAN. Itu pun kerana faktor ketidak-tentuan politik dan pengaruh beberapa penanda-aras global yang tidak seiringan dengan nilai-budaya bangsa Melayu sebagai ASWJ.

 

Apa pun, demi menjaga kepentingan semua komuniti bangsa Melayu, termasuk saudara-mara kita dikalangan diaspora bangsa di merata alam semesta ini, bangsa Melayu wajib mensasarkan rankingnya. Bilamana Indeks QoL itu diadaptasi untuk patuh-syariah, bangsa Melayu berhak dan wajib berani untuk berada dalam kelompok 10/173 teratas, dengan mata pencapaian melebehi 80.0, yang The Economist takrifkan sebagai negara atau komuniti yang “Demokrasi Penuh”.

 

Sebagai perkongsian dan mengingatkan kita Dasar Induk yang pernah kerajaan gubalkan untuk manfaat kita bangsa Melayu, iaitu DEB 1970, saya paparkan matlamat utamanya dan teras Dasar itu, yang didampingkan dengan matlamat dan teras PKM2065 ini.

 

DEB 1970, Dasar Induk Negara:

I. Matlamat Utama:

  • Basmi kemiskinan
  • Kuncupkan jurang kemakmuran antara kaum dan antara wilayah

 

II. Teras Utama:

  • Ujudkan peluang pekerjaan
  • Ujudkan peluang perniagaan
  • Ujudkan peluang pemilikan ekuiti

 

PKM2065:

I. Matlamat Utama:

  • Julang martabat & kesejahteraan Bangsa Melayu
  • Makmurkan masyarakat Melayu di mana jua mereka di alam semesta ini.

 

II. Teras Utama:

Menjaga Agama:              Bangsa Melayu semuanya adalah ASWJ

Menjaga Kehidupan:         Penarafan Indeks QoL Teratas 10/173  

Menjaga Akal:                 (Rencana berikutnya)

Menjaga Zuriat:               (Rencana berikutnya)

Menjaga Ekonomi:           (Rencana berikutnya)

 

 

Dato Dr Hasan Mad

Setiausaha Agung MPM

CEO The Global Academy @ MPM

12 Julai 2025 (16 Muharam 1447H)