Ampun Tuanku beribu-ribu ampun.
Rakyat marhaen hari ini bangkit menyuarakan kekecewaan yang mendalam terhadap tindakan sebuah akhbar arus perdana berbahasa Cina, Sin Chew Daily, yang tanpa segan silu menyiarkan gambar bendera Malaysia dalam bentuk yang salah. Perbuatan ini bukan sekadar satu kesilapan teknikal, ianya satu penghinaan, satu bentuk penderhakaan yang tidak boleh dimaafkan dengan sekadar “permohonan maaf” yang hambar dan tidak ikhlas.

Bendera adalah lambang kedaulatan. Ia bukan sekadar kain bercorak jalur dan bulan bintang. Ia melambangkan maruah dan identiti negara yang merdeka. Kesalahan memaparkan bendera negara dalam bentuk yang salah apatah lagi dilakukan oleh akhbar yang telah puluhan tahun beroperasi di tanah air ini, bukanlah sesuatu yang boleh dianggap ringan. Lebih-lebih lagi apabila ia datang dari Ketua Pengarang, seorang yang seharusnya faham tentang sensitiviti kebangsaan dan simbol negara.
Soalnya, adakah ini benar-benar satu kesilapan atau satu bentuk sindiran halus yang disengajakan oleh kelompok yang tidak pernah jujur dalam menerima semangat kebangsaan yang didasari Perlembagaan Persekutuan? Apakah ini satu bentuk agenda cauvinis yang mahu mencabar kesabaran rakyat majoriti yang selama ini terlalu berlembut dan bertoleransi?
Ampun Tuanku, sembah patik harap diampun.
Sudah terlalu lama kelompok seperti ini dibiarkan bertindak tanpa batas. Sudah terlalu lama pemerintah bersikap terlalu bertimbang rasa sehingga mereka lupa mana langit, mana bumi. Perlu ada satu garis merah yang tidak boleh disentuh dan bendera negara adalah salah satunya.
Adalah wajar dan sangat dituntut agar tindakan keras dikenakan sebagai pengajaran. Bukan untuk menindas, tetapi untuk mempertahankan maruah dan kedaulatan negara. Akhbar Sin Chew Daily harus dihentikan operasinya secara kekal. Ketua Pengarangnya mesti dipertanggungjawabkan dengan hukuman berat, denda, penjara dan pengharaman seumur hidup daripada terlibat dalam dunia kewartawanan.
Jika ini tidak dilakukan, kita akan terus berdepan dengan bibit-bibit pengkhianatan halus yang akan merebak dan merosakkan keharmonian negara.
Ampun Tuanku, sembah patik mohon agar suara rakyat ini diperkenan.
Demi Agama, Bangsa dan Negara.

More Stories
IJM Deal – Are Malaysian Investors Financially Savvy And What Next…
Kepentingan Melayu yang Semakin Terhakis dalam Industri Pembinaan Dan Pembangunan: Satu Renungan Strategik
Imigran Berjaya, Pribumi Bergelut: Amaran untuk Malaysia