Bagan Nakhoda Omar, namamu terpahat megah,
Di Sabak Bernam, tanah Melayu indah,
Namun kini, ribut melanda,
Nama ingin ditukar, hilanglah jiwa.
Wahai Melayu, tidakkah kau rasa,
Bumi ini asal-usul kita,
Demi kuasa yang hanya sementara,
Hakmu tergadai, sejarah dilupa.
Di tanah ini, kita berbudi,
Menjaga tetamu, tanpa iri hati,
Namun balasan datang tak disangka,
Budi Melayu diinjak, dipersenda.
Tanah rezab ini saksi sejarah,
Warisan Melayu yang penuh megah,
Namun ada yang tamak, tiada puas,
Mahu segalanya, tanpa batas.
Singapura telah hilang, jadi Singapore,
Penang menggantikan Pulau Pinang, menghilangkan jejak warisan Melayu.
Jangan biarkan sejarah berulang,
Bagan Nakhoda Omar mesti kekal cemerlang.
Wahai Melayu, bangkitlah sedar,
Jangan biar warisan terus tercalar,
Bagan ini milik kita, tanah pusaka,
Pertahankan namanya, maruah bangsa.
Ingatlah wahai sekalian insan,
Setiap bangsa punya tanah dan sempadan,
Jangan biar Melayu kehilangan,
Di tanahnya sendiri, tiada tempat bertahan.
Bagan Nakhoda Omar, simbol harga diri,
Di bawah namamu, Melayu berdiri,
Pertahankan warisan, jangan biar punah,
Kerana nama ini, jiwa Melayu takkan musnah.

Pertahankan bagan nakhoda Omar….