JK Pemandu MPM Bagi Penggal 5-tahun Ke-4 (2025-2029) baru saja mengadakan Sidang Berkala pertamanya bagi Tahun 2025 yang juga yang pertama bagi Penggal 5-tahun Ke-4 (2025-2029).
Hadir di Sidang ini 3 Tunggak Utama; 2 Wakil Sekretariat dan 11 Pengerusi Biro.
Sebagai Sidang pertama yang dipengerusikan oleh Pengerusi JK Pemandu yang baru, Dato Haji Salamon Selamat, Sidang hari ini menumpukan banyak masa kepada perbincangan yanga berkisar kepada usaha pengukuhan peranan utama MPM sebagai Institusi Pemikir Bangsa dan Institusi Bina Daulah.

Warga MPM yang dipilih anggotai JK Pemandu ini komited meneruskan legasi kepimpinan terdahulu, sejak MPM diasaskan pada 24-12-2009. Kepimpinan terdahulu telah meletakkan MPM menjadi Institusi Pemikir Bangsa dan Institusi Bina Daulah yang credible.
Cabaran yang JK Pemandu ini hadapi ialah meneruskan dan mengekalkan legasi itu dalam suasana politik, pemerintahan dan pentadbiran negara yang semakin sukar diramal akan kelestarian dan keupayaannya mengekalkan agenda kemakmuran bangsa dan negara.
Sejak kebelakangan ini semakin jelas kedengaran suara-suara dikalangan anak bangsa, terutamanya dikalangan bangsa Melayu, akan kekecewaan dan kebimbangan mereka terhadap ketidak-tentuan yang dicetuskan oleh institusi pemerintahan, institusi kepimpinan dan institusi pentadbiran negara.
Kebimbangan mereka ialah andaikata benar yang ketiga-tiga institusi itu sudah berada dibawah pengaruh dan telunjuk puak-puak cauvinis, kapitalis, kartel dan kroni yang sudah puluhan tahun merancang secara strategik dan licik, untuk menguasai institusi-institusi ini.
Yang kian ketara ialah agenda bangsa sudah kian terpinggir. Kononnya, kemajuan atas nama meritokrasi; persamaan (bukan kesaksamaan); dan Perlembagaan Persekutuan versi 5 Ogos 1957 terlalu kuno, makanya ia perlu digubal semula secara menyeluruh.

Semakin banyak akta baru digubal secara melulu, mendadak dan tergesa-gesa, mengambil kesempatan dari kedudukan dan agihan kerusi Wakil Rakyat di Parlimen pada masa kini.
Dek kekecewaan itu sudah mula kedengaran akan kemungkinan bangsa ini menggerakkan satu agenda berbentuk revolusi, bukan evolusi.
Jika itu terjadi, MPM tidak boleh berpendirian berkecuali. Jika itu pendirian kami, ia akan menjadikan MPM tidak lagi relevan, sekalipun sebagai Institusi Pemikir Bangsa dan Institusi Bina Daulah.
Mahu atau tidak, MPM wajib menjadi sebahagian dari gelombang itu. Jika tidak MPM akan dijenamakan sebagai ‘bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi’.
Paling tidak, MPM jadilah bak kata pepatah, ‘yang bulat datang bergolek, yang pipih datang melayang’.
Sebagai Institusi Pemikir Bangsa dan Institusi Bina Daulah, MPM wajib terajui gelombang Revolusi Mental. MPM wajib gerakkan ramai sekutu dan warganya dikalangan Pemikir Hebat, bagaimana boleh direvolusikan minda bangsa ini untuk menjadi bangsa yang istimewa (the special ones), yang Hebat, Bermaruah & Diberkati, yang miliki ciri-ciri ini:
- Berkeperibadian mulia dan bersifat mahmudah
- Patriotik dan kental jatidiri
- Kuat daya swa-tadbirurus diri, mampu berdikari
- Berdayacipta, berdayausaha dan berdayasaing tinggi
- Berpegang teguh kepada tali Allah sebagai Ahli Sunnah Wal-jamaah
- Berupaya hidup sejahtera
- Sihat dan cergas fizikal dan mental
- Pengasih, penyayang dan periang
- Berupaya bina benteng pertahanan dan keselamatan ummah
Disediakan oleh Sekretariat JK Pemandu MPM
More Stories
Ranjau, Duri Dan Onak: Resah Melayu, Pudar Kuasa Dan Agenda Kebangkitan Bangsa
Kiambang Nan Sentiasa Ingin Bertaut
There Is More To Curbing Tax Non-Compliance And Formalising Shadow Economy…