Sarjana ulung sastera Melayu klasik, Prof Dr Vladimir I Braginsky meninggal dunia pagi ini pada usia 79 tahun. – Foto laman sesawang SOAS
SARJANA ulung sastera Melayu klasik, Prof Dr Vladimir I Braginsky, 79, meninggal dunia pada 2 Februari 2024.
Braginsky bukan hanya seorang sarjana malah tokoh akademik kelahiran Moscow, Rusia yang dianggap sebagai pelita yang menerangi koridor sastera Melayu klasik.
Berkongsi berita mengenai pemergian Braginsky, dikongsi wartawan New Straits Times di London, Zaharah Othman dalam laman Facebooknya
Menurut Zaharah, Braginsky memahami keindahan sastera Melayu klasik, melangkaui penulisan akademik. Malah, ia bergema dalam jiwa dan mampu mengubah persepsi seseorang.
Zaharah menjelaskan beliau menyelami naskhah klasik seperti Syair Bidasari dan Hikayat Inderaputera.
Menurutnya Braginsky meluahkan perasaanya berhubung masalah penutur bahasa Melayu dengan andaian bahawa ilmu tanpa penelitian bersungguh-sungguh, mengingatkannya mengenai pentingnya membuat penyelidikan menyeluruh.
Braginsky menerima Ijazah Doktor Falsafah dalam sastera pada 1982 dari Moscow State University. Beliau berkhidmat di Institute of Oriental Studies in Moscow dari 1969 hingga 1993 sebelum bertugas sebagai profesor bahasa dan budaya Asia Tenggara di School of Oriental and African Studies, University of London sejak 1993.
Bidang kajiannya tertumpu kepada penyelidikan sastera klasik Melayu dan Indonesia, sufism di Kepulauan Melayu dan sastera bandingan. Beliau sudah menghasilkan lebih 25 buah buku dalam bahasa Rusia, Inggeris dan Melayu.
Tulisannya “Erti Keindahan dan Keindahan Erti dalam Kesusasteraan Melayu Klasik,” adalah antara bacaan wajib pelajar Kesusasteraan klasik.
More Stories
Himpunan Solidariti Rakyat Tolak RUU URA: Pendirian Tegas MPM
RUU Pembangunan Semula Bandar: Pendirian Tegas MPM Demi Masa Depan Bumiputera
Opportunities for Malaysia’s Ports: Time to Reclaim Our Maritime Edge