KALENDAR zodiak Cina menyebut bahawa tahun naga dipercayai membawa simbol kekuatan, kehormatan, kejayaan dan keberuntungan.
Mengikut ilmu warisan masyarakat Cina kuno, feng shui pula, tahun naga adalah antara detik yang paling diraikan kerana tahun ini bakal membawa perubahan yang besar kepada masyarakat.
Berkongsi ilmu dalam AWANI sempena Tahun Baru Cina pada 10 Februari 2024, pakar Feng Shui, Kenny Hoo berkata tahun naga dengan elemen kayu pada tahun ini turut membawa tuah dan peluang luar biasa khususnya bagi mereka yang dilahirkan dalam tahun babi.
“Tahun ini zodiak paling bertuah dengan rezeki paling baik adalah orang yang lahir pada tahun babi. Mereka memang sangat bertuah tahun ini.
“Menariknya, mereka yang dilahirkan pada tahun babi, tahun ini mereka akan meraih tiga kebahagiaan.
“Jadi dalam 12 bulan ini mereka boleh menjangkakan tiga kebahagiaan akan diperoleh, sekiranya sudah berlaku satu, maka akan ada dua lagi berita baik menanti mereka,” katanya.
Menjelaskan perkara itu kepada wartawan, Nursyazwani Saiful Sham, pakar Feng Shui itu menjelaskan bahawa berdasarkan analisis perhitungan feng shui, antara bulan yang bakal menyaksikan cabaran adalah bulan Februari, April dan Ogos.
“Ramai yang bertanyakan bagaimana “master feng shui” tahu bulan apa lebih baik misalnya untuk 2024.
“Kami membuatnya berdasarkan analisis tarikh lahir, bulan lahir, waktu kelahiran dan beberapa faktor lain. Ia termasuk melihat elemen individu tersebut dengan interaksi kimia untuk menjangkakan peluang yang lebih baik.
“Secara amnya, untuk tahun ini, bulan-bulan yang mencabar adalah pada Februari, April, Mei, Ogos dan Oktober,” jelasnya.
Justeru, beliau menasihatkan agar orang ramai mengurangkan aktiviti yang lebih mencabar dan mendatangkan risiko pada bulan bulan tersebut.
More Stories
Himpunan Solidariti Rakyat Tolak RUU URA: Pendirian Tegas MPM
RUU Pembangunan Semula Bandar: Pendirian Tegas MPM Demi Masa Depan Bumiputera
Opportunities for Malaysia’s Ports: Time to Reclaim Our Maritime Edge