Kenyataan Media MPM ini disampaikan oleh Tun Mohd Hanif Omar, Pengerusi Jawatankuasa Pemandu MPM.
Hadir sama di sesi ini ialah:
- Tan Sri Abu Zahar Ujang, Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Pemandu MPM
- Dato’ Dr Hasan Mad, Setiausaha Agung MPM
Rakan-rakan media sekelian,
Di Sidang Ke-9, Jawatankuasa Pemandu MPM, pada 27-7-2020, Sekretariat Tetap & kesemua 12 Biro, bentangkan usul apakah agenda besar atau agenda utama yang akan jadi tumpuan MPM bagi Penggal 5-tahun Ketiga (2020-2025) Penubuhan MPM.
Dari semua usul yang dibentangkan oleh Sekretariat Tetap & setiap Biro, JK Pemandu angkat 5 yang utama:
- Re-visit Kongres Ekonomi Bumiputera 1 1965
- Gerakan Manifesto Rakyat
- Tindakan Undang-undang Isu TSM di Perak
- Penolakan UEC & Sistem Pendidikan Vernakular
- Program Pengembangan Kesihatan Awam Tangani C-19
Selain 5 Agenda Tumpuan itu, setiap Biro terus juarai agenda masing-masing.
Semasa pertemuan Tun Mohd Hanif dengan YAB Perdana Menteri pada keesokan harinya (28-7-2020), usul MPM itu dinyatakan dan mendapat persetujuan YAB Perdana Menteri.
Disebabkan PKP yang berterusan, MPM hanya mampu tumpukan sepenuh perhatian kepada dua Agenda Tumpuan, manakala:
- Isu Penolakan UEC & Sistem Pendidikan Vernakular adalah agenda berterusan hingga kini, juga dijuarai banyak NGO lain;
- Kes Tindakan Undang-undang TSM di Perak, dikendalikan terus oleh Biro Perundangan @ MPM
- Hasrat pengendalian Program Pengembangan Kesihatan Awam Tangani C-19 bersama Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM dan Hospital Pengajar UPM belum capai kata putus untuk dilaksanakan bersama.
2 Agenda Tumpuan MPM ini: Revisit KEB 1 1965 dan Gerakan Manifesto Rakyat menjadi fokas utama MPM sepanjang Penggal Pertama 2020-2021. Review Pertama setiap satunya dapat dihasilkan. Sepertimana disasarkan, pada 1-10-2021 ini, sesalinan Review berkenaan akan secara rasminya diserahkan kepada YAB Perdana Menteri.
1. KEB 1 1965
MPM anjurkan Kongres atas nama KEB 1 1965-2020, bagi perbaharui 13 Resolusi Utama KEB 1 1965 itu. Pada 1-10-2020, YAB Perdana Menteri hadir lakukan Perasmian Penutupan Kongres itu seraya mengumumkan penubuhan JK Bersama Kerajaan-MPM, dipengerusikan YB Dato Seri Mustapa Mohamad, Menteri @ JPM (Hal Ehwal Ekonomi), bagi perhalusi setiap resolusi yang diperbaharui itu.
Sejak Mesyuarat Pertama JK Bersama itu pada 24-12-2020, MPM telah perkemaskan Pelan Tindakan bagi setiap satunya untuk diperkasakan.
MPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada EPU yang juga Sekretariat Bersama JK Bersama Kerajaan-MPM itu, kerana banyak dari usul yang diperhalusi itu dimuatkan sebagai kandungan utama RMK12, misalnya:
- Pemerkasaan Komuniti Ekonomi Bumiputera Sebagai Pemain Global;
- Pemerkasaan Sosio-ekonomi Masyarakat Orang Asli
- Peningkatan Ekuiti Bumiputera @ Pasaran Modal Malaysia
2. Gerakan Jihad Rakyat
Agenda ini dijenamakan sedemikian sebagai simbolik kepada gerakan jihad rakyat menolak 3 gejala utama yanag mengaibkan negara di pentas dunia, malah, pemain ekonomi global turut menjauhi negara kita, yang suatu ketika dulu adalah syurga pelaburan global:
- Gejala rasuah dan salah-guna kuasa
- Kegilaan kuasa dikalangan pemimpin politik, dan
- Gerakan ekonomi hitam
Secara kebetulan, pada masa yang sama Sinar Harian tampil dengan kempen “Rasuah Busters” nya, maka MPM ambil manfaat untuk complement usaha Datuk Hussamuddin Yaakob itu untuk sama-sama juarai Jihad ini
Turut terkandung dalam kedua-dua Review itu ialah Pelan Tindakan bagi Penggal 2021-2022.
Khusus bagi Pelan Tindakan dibawah Gerakan Jihad Rakyat, MPM turut sediakan wishlist kepada kerajaan mengenai Pemerkasaan SPRM dan Pemutihan PDRM.
MPM dengan ini menyerahkan kepada kebijaksanaan rakan-rakan media untuk dikongsikan usaha MPM ini dengan rakyat sekelian, dengan harapan rakyat terus menyokong usaha MPM ini.
Kepada Kerajaan, harapan MPM ialah untuk diperakui dan dilaksanakan dengan penuh komitmen wishlist MPM sepertimana yang terkandung di dalam kedua-dua Review itu.
Tun Mohd Hanif Omar
Pengerusi, Jawatankuasa Pemandu MPM
29-9-2021
More Stories
Himpunan Solidariti Rakyat Tolak RUU URA: Pendirian Tegas MPM
RUU Pembangunan Semula Bandar: Pendirian Tegas MPM Demi Masa Depan Bumiputera
Opportunities for Malaysia’s Ports: Time to Reclaim Our Maritime Edge