Oktober 5, 2025

malay.today

New Norm New Thinking

Pemilikan Ekuiti Bumiputera & Penubuhan Agensi Jaringan Keselamatan Ekuiti Bumiputera 

(Bumiputera Equity Safety-net Agency)

  1. Majlis Perundingan Melayu, MPM menyambut baik hasrat kerajaan menstruktur semula strategi dan pelan tindakan berkaitan pemilikan ekuiti Bumiputera. Perkara ini digariskan dalam dokumen RMK12 (Bab 5, Perkara 5-28-Pemerkasaan Agenda Bumiputera).
  1. Sayugia diimbas kembali, dalam usaha kerajaan membasmi kemiskinan dan menguncupkan jurang sosio-ekonomi masyarakat majmuk di negara ini sepertimana yang digariskan dalam DEB 1970, tiga teras utama Dasar itu bagi menangani kedua-dua isu itu ialah melalui:
    • pengwujudan peluang pekerjaan,
    • pengwujudan peluang bisnes, dan
    • pengwujudan peluang pemilikan ekuiti secara adil dan saksama.
  1. Berkaitan dengan teras pengwujudan peluang pemilikan ekuiti, sejak awal pelancaran Dasar itu, pemilikan ekuiti Bumiputera telah disasarkan pada paras minimum 30% nilai pasaran ekuiti korporat semasa. 
  1. Dengan mengambilkira bahawa agihan pegangan ekuiti sama rata diantara Bumiputera dan bukan-Bumiputera serta menggalakkan kemasukan modal asing ke dalam pasaran modal negara, sekalipun penduduk Bumiputera sekitar 67%, mereka  akur dengan agihan ekuiti korporat itu pada paras minimum 30%, berbanding bukan-Bumiputera seramai sekitar 32% untuk memiliki ekuiti korporat juga sekitar 30%, manakala pegangan oleh pelabur asing disasarkan sekitar 40%.
  1. Bagi capai hasrat itu, beberapa tindakan terancang dilaksanakan kerajaan, terutamanya:
    • Perlaksanaan Dasar Penswastaan
      • Dipertengahan tahun 1980an kerajaan laksanakan Dasar ini dimana entiti dan individu Bumiputera digalakkan mengambil-alih entiti bisnes dikuasai PEA (Public Enterprise Agencies) melalui pelbagai kaedah penswastaan. Dasar ini tidak diteruskan selepas beberapa tahun disebabkan berlaku banyak salah-guna peluang yang diberikan kepada Bumiputera kerana ramai dari mereka kemudiannya menjualkan pegangannya ke pasaran terbuka, maka hasrat peningkatan pegangan ekuti Bumipuetra menerusi Dasar ini dianggap gagal.
    • Perlaksanaan Skim Pemilikan Ekuiti Korporat Penyenaraian Baru
      • Ini satu lagi usaha kerajaan galakkan pemilikan ekuiti dikalangan Bumiputera. Usaha ini adalah murni, namun ianya juga gagal disebabkan ramai Bumiputera yang diberikan peluang itu melepaskan pegangan masing-masing ke pasaran terbuka, atas beberapa alasan.  Pada masa yang sama , Kerajaan juga tidak merangka Bumiputera Equity Safety-net Mechanism bagi “menyelamatkan” ekuiti milik Bumiputera yang hendak dilepaskan itu.
    • Kempen Pemilikan Ekuiti @ Pasaran Modal
      • Walaupun kerajaan berjaya lahirkan banyak firma-firma broker saham Bumiputera, namun peranan mereka kurang signifikan dalam menarik minat dikalangan pelabur runcit Bumiputera memilki ekuiti korporat di Bursa Malaysia, apatah lagi di bursa-bursa global utama.
  1. Disebabkan kelemahan itu, ekuiti korporat Bumiputera tidak berkembang malah terus menguncup, gagal mencapai sasarannya. Perangkaan yang dipaparkan bagi pasaran modal @ Bursa Malaysia 2019 dengan nilai pasaran  semasa berjumlah RM 1817 Billion, di dalam 936 syarikat tersenarai (100 Papan Utama dan 836 Lain-lain) adalah:
Kategori Pemilikan% PemilikanRM Pemilikan
Bumiputera17.2312.52
Bukan-Bumiputera25.0454.25
Asing45.5826.74
Nominees12.3223.49
Jumlah100.01817.00

Bermakna, dalam tahun 2019 itu sasaran pemilikan ekuiti korporat Bumiputera tersasar kurang sebanyak 12.8% bersamaan RM 232.58B. Ia adalah satu angka yang amat besar dan wajib ditangani segera, jika tidak, jurang sosio-ekonomi akan kekal lebar.

  1. Hasrat kerajaan sepertimana Perkara 5 di atas adalah murni, tetapi perlaksanaannya banyak yang cacat kerana kuasa pegangan ekuiti korporat Bumiputera masih lemah, atas sebab:
    • Nafsu untuk menjual pegangan ekuiti kerana dorongan harga menarik; atau
    • Kejatuhan nila pasaran modal dalam syarikat tersenarai milik atau dikuasai Bumiputera, atau
    • Desakan melepaskan pegangan ekuiti disebabkan keperluan kewangan; atau
    • Tekanan melepaskan pegangan ekuiti disebabkan kejatuhan harga dan kepayahan melunaskan pinjaman bank kerana pemilikan ekuiti itu menggunakan dana pinjaman bank, atau
    • Hilang minat dalam pelaburan pasaran modal
  1. Mengambilkira punca permasaalahan yang pelbagai itu MPM pernah menyarankan:
    • Bagi mengekalkan peratus pegangan ekuiti yang dimiliki Bumiputera, Kerajaan tubuhkan Bumiputera Equity Safety-net Agency, berfungsi untuk ambil-alih ekuiti Bumiputera yang nak dilupuskan, pada harga pasaran semasa dan dijual atau dipindah-milik hanya kepada entiti atau individu Bumiputera, agar ekuti itu kekal dalam pasaran dan ditangan Bumiputera;
    • Penguasaan lebih banyak syarikat-syarikat tersenarai oleh entiti Bumiputera, dan
    • Penyenaraian lebih banyak mid-tiers corporations milik Bumipuetara.  
  1. Semasa sesi dialog diantara MPM dengan MARA dan KPLB pada 24-6-2021, atas inisiatif YB Menteri KPLB ketika itu, MPM sarankan diantara bisnes teras MARA Corp ialah:
    • berperanan sebagai Bumiputera Equity Safet-net Agency, bagi memegang ekuiti korporat milik Bumipuetra yang hendak dilupuskan, atas apa juga alasan;
    • menguasai beberapa PLC yang strategik; dan
    • menyenaraikan beberapa Bumiputera mid-tier corporations.
  1. Semasa Mesyuarat JK Bersama Kerajaan-MPM Keempat, Bil. 3/2021 pada 27-6-2021, saranan MPM kepada MPARA itu dibentangkan dengan harapan ianya dapat diambil tindakan oleh kerajaan.
  1. Alhamduilillah, impian MPM itu dimakbulkan apabila inisiatif ini dimuatkan ke dalam RMK12. Bagi maksud itu MPM ambil kesempatan ini mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kerajaan terutamanya BEQT @ EPU dan YAB Perdana Menteri, kerana memberikan respon positif kepada saranan MPM itu.
  1. DEB 1970 telah berusia lebih 50 tahun. Teras DEB berkaitan pemilikan ekuiti Bumiputera, bagi menguncupkan jurang pemisahan sosioekonomi, masih tersasar jauh. Bagaimana mungkin Malaysia mampu menjadi negara makmur dan nawaitu Keluarga Malaysia dapat dicapai andaikata jurang sosio-ekomnomi, masih lebar. Kemakmuran, Pembangunan Inklusif dan Mampan hanya bermakna apabila semua aspek kemakmuran dirasai secara adil dan saksama oleh semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum dan etnik, wilayah, agama, atau diantara bandar dan luar bandar. Hendaknya tiada mana-mana pihak yang salah tafsir slogan Kerajaan Keluarga Malaysia ini.