Kita tiada Dasar Induk Negara, DIN (National Mother Policy) yang digubal berpandukan Perlembagaan Persekutuan, untuk dijadikan rujukan mandatori dalam penggubalan apa jua dasar, wawasan mahupun pelan tindakan nasional. Tanpanya, pemimpin sewenang-wenang membuat sesuatu dasar semasa mengikut seleranya dalam mencari populariti.
Puak-puak cauvinis ambil kesempatan dari kealpaan kerajaan mengenainya sejak dulu lagi.
Dalam keadaan semasa dimana kedudukan politik tidak stabil dan tidak menentu, puak-puak ini sepantas kilat ambil kesempatan membuat takrifan, mengikut kepentingan puak mereka, sesuatu dasar atau wawasan yang diajukan pemimpin.
Pemimpin pula tak kisah apa juga puak-puak ini nak manipulasi, asalkan popularitinya atau kedudukannya tidak terjejas.
Saya ungkit beberapa insiden sebagai renungan dan meninjau sejauh mana kesannya bila negara tanpa DIN.
Pertama, tanpa DIN, banyak dasar menjadi flip-flop. Bukan itu saja, ia dieksploitasi oleh puak-puak cauvinis ini, dengan menyelitkan agenda mereka yang didokong teguh oleh tiga institusi serangkainya; politik-pendidikan-ekonomi. Malah keutuhan Perlembagaan Persekutuan itu sendiri terus-menerus mereka cabar.
Kedua, semasa Kerajaan BN dulu ketagih undi dari puak-puak ini, pemimpin Bn sendiri menghalalkan sijil UEC, malah iktiraf kewujudan sekolah-sekolah vernakular yang ternyata menyalahi Perlembagaan Persekutuan. Akhirnya puak-puak ini semakin berpengaruh, malah berjaya pengaruhi pentadbiran Kementerian Pendidikan. Hakikatnya, cacing dah naik ke mata.
Ketiga, di era Kerajaan PH, dilancarkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, WKB 2030. Belum pun sempat kerajaan berikan takrifan mengenainya, puak-puak ini sudah buat takrifan mereka untuk ditelan oleh semua rakyat Malaysia. Mereka sorok bab kekayaan negara yang sebelum Merdeka mereka kaut bersama penjajah, yang tidak pun dikongsi secara saksama. Kerajaan nak gubal Akta Kesaksamaan Peluang pun takut kepada mereka ini. Realitinya, cacing dah penuh kat mata.
Kempat, bila kerajaan baru, Kerajaan Keluarga Malaysia (KKM) tetapkan syarat kemasukan ke MRSM hanya untuk mereka dari aliran pendidikan nasional, iaitu aliran pendidikan KKM, mereka bantah, kononnya itu tidak konsisten dengan halatuju KKM. Sebenarnya mereka perjuangkan hak pelajar sistem pendidikan vernakularnya. Selang sehari, Menteri KPLB terus umum batalkan syarat oleh MRSM itu demi kepentingan KKM dan akur dengan desakan puak-puak cauvinis ini yang jelas sekali kini kuasai Kerajaan KKM ini.
Saya ada terbaca rencana disiarkan oleh sebuah media sosial pro-rakyat majoriti yang membisu, menyatakan kebimbingan penulis mengenai wawasan kabur yang dilaung-laungkan pemimpin. Saya simpati kepada penulis berkenaan. Hakikatnya, tiada pemimpin dikalangan KKM yang peduli. Dan ia bukan sesuatu yang baru.
Terlalu banyak nak diungkit. Hakikatnya, WKB2030, KKM dan entah apa lagi dasar setiap pemimpin yang bersilih-ganti umumkan, ianya hanyalah demi menjaga kepentingan dan populism masing-masing, bukan demi kemakmuran negara atau kesejahteraan rakyat.
Rakyat dikalangan the silent majority memilih untuk berdiam diri, hatta, peluang untuk bersekutu dengan pemimpin populis itu dirembat oleh puak-puak tersebut yang sudah siap-siaga dengan cyber-trooper dan media sosial masing-masing untuk memaksa siapa jua memegang tampuk kerajaan, untuk akur dengannya.
Terimalah hakikat bahawasanya cacing sudah memenuhi mata.
Dato’ Dr Hasan Mad
Setiausaha Agung MPM
14-9-2021
More Stories
Himpunan Solidariti Rakyat Tolak RUU URA: Pendirian Tegas MPM
RUU Pembangunan Semula Bandar: Pendirian Tegas MPM Demi Masa Depan Bumiputera
Opportunities for Malaysia’s Ports: Time to Reclaim Our Maritime Edge