KENYATAAN MEDIA MAJLIS PERUNDINGAN MELAYU
Khamis 1-7-2021 telah berlangsung Sidang Dalam Talian (Webinar) anjuran MPM, libatkan 76 peserta mewakili kerabat dan NGO sekutunya.
Tema webinar itu ialah ‘Pemimpin Melayu Bersengketa Bila Berkuasa’.
4 Ahli Panel berbicara dengan Satu Kertas Utama disediakan oleh Datuk Dr Ruhanie Ahmad, yang berkisar mengenai Keselamatan Politik Negara.
Dapatan utama Sidang itu adalah seperti berikut:
- Kegawatan politik Negara telah berlaku sekian lama, menyebabkan ramai pemimpin terutama dikalangan Melayu, alami masaalah kesihatan sosial. Ramai dikalangan mereka ini gagal terapi sifat-sifat mahmudah dalam kepimpinannya, sebaliknya mendakap begitu banyak sifat-sifat mazmumah yang keji yang dibenci Allah SWT. Sekian lama rakyat bertoleransi dengan mereka.
- Kegawatan ekonomi global telah diingatkan oleh banyak pihak sejak awal 2019 lagi. Dek kegawatan politk Negara, kerajaan hilang fokas dan gagal hasilkan pelan kontingensi ekonomi bagi tangani krisis ini.
- Kegawatan kesihatan tercetus bila Negara dilanda wabak covid-19 dipenghujung 2019. Ia parahkan lagi krisis-krisis yang sedia ada.
- Kerajaan silih berganti terlalu kerap tapi rawatan sosial terhadap pemimpin- pemimpin dijangkiti sifat-sifat mazmumah tidak ditangani dengan berkesan, sebaliknya diuji model kepimpinan politik campuran kerajaan-pembangkang. Kerajaan campuran yang rapuh ini cuba berselindung disebalik sentimen mengutamakan keselamatan insan, dengan memohon perkenan DYMM SPB dilaksanakan darurat kesihatan.
- Setelah beberapa model PKP diuji, terbukti ia gagal. Juga terbukti bukan rawatan covid isu utamanya, tetapi applikasi model ekonomi yang salah, yang dikendalikan oleh para pemimpin yang bersifat mazmumah.
Peserta Sidang sekata menyatakan:
- Desakan dikalangan ahli politik untuk dibuka kembali Sidang Parlimen bukan penyelesaiannya. Jika bersidang pun, mereka akan bersidang sama seperti sidang di pasar borong. Mereka tidak akan mampu dengan segera selesaikan krisis covid dan krisis ekonomi berganda yang rakyat hadapi.
- Ramai Rakyat sudah putus asa terhadap kepimpinan yang ada. Rakyat tidak ambil peduli desakan sidang Parlimen.
- Rakyat juga tidak mampu tunggu PRU 15 untuk menolak pemimpin yang ada. Ramai darinya akan terus menjelma menjelang PRU15 kerana sistem politik yang kita amalkan membolehkan mereka terus ditampilkan.
- Rakyat tidak berhasrat untuk menderhaka kepada Istana. Ini kehendak Rakyat!
- Rakyat hendakkan Istana segera bertindak, gunakan kuasanya sepertimana diperuntukkan didalam Perlembagaan Persekutuan untuk membentuk Kerajaan Raja&Rakyat, sebagai Kerajaan Interim.
- Semasa Kerajaan Interim ini mentadbir Negara, izinkan MP bersidang @ Parlimen, untuk mereka teruskan tugas sebagai lawmakers, sambil lakukan rawatan sosial mengubati sakit-sakit mazmumahnya, sehinggalah Kerajaan Raja&Rakyat dapati mereka telah sembuh sepenuhnya, diadakan PRU15 & dikembalikan sistem kepimpinan berparlimen, yang Hebat Bemaruah & Diberkati.
Dengan kenyataan itu Sidang ini gariskan beberapa tindakan segera:
- MPM dengan segera akan serah Memo Rakyat2Rakyat, kepada Amanah Rakyat dikalangan pemimpin komuniti yang ada kontak rapat dengan MPM & NGO terlibat anjurkan dan sertai Sidang ini.
- Amanah Rakyat terpilih ini akan berkongsi Memo tersebut bersama komunitinya. Memo itu akan diiringi Memo Rakyat2Istana, iaitu Memo Darurat oleh MPM, yang telah serahkan ke Istana Negara pada 12-02-2021, yang akan diperbaharui.
- MPM bersama NGO sekutunya & Amanah Rakyat akan berarak ke Istana bagi menyerahkan Memo Rakyat2Istana, serta mohon perkenan Majlis Raja-Raja bersidang segera, seterusnya bertitah melaksanakan Kehendak Rakyat sepertimana termaktud didalam Memo Rakyat2Istana itu.
- Kandungan utama Memo itu antara lainnya memohon perkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja memberi mandat kepada Tuanku SPB isytiharkan darurat keselamatan politik, rombak Kabinet digantikan dengan Kerajaan Raja&Rakyat untuk mentadbir Negara, bagi mengeluarkan Negara ini dari krisis-krisis yang dialami, manakala Parlimen dibenarkan untuk bersidang.
Diharapkan menjelang pertengahan Julai 2021 Majlis Raja-Raja dapat memenuhi Kehendak Rakyat ini.
Dato Dr Hasan Mad
Setiausaha Agung MPM
Merangkap: Moderator Webinar ‘Pemimpin Melayu Bersengketa Bila Berkuasa’ 02-07-2021
More Stories
Himpunan Solidariti Rakyat Tolak RUU URA: Pendirian Tegas MPM
RUU Pembangunan Semula Bandar: Pendirian Tegas MPM Demi Masa Depan Bumiputera
Opportunities for Malaysia’s Ports: Time to Reclaim Our Maritime Edge