Azad Jasmi : 29 Jun 2021
Kita sedang hadapi krisis sekarang dan krisis Covid ini berikan kesan sosial dan ekonomi secara langsung. Tidak hanya kesan dari elemen kesihatan semata-mata.
Jadi krisis Covid ini perlu ada data harian bukan hanya dari KKM tapi perlu ada data harian:
- Berapa syarikat tutup
- Berapa kematian bunuh diri
- Berapa jumlah syarikat bankrap
- Berapa orang kehilangan pekerjaan
- Berapa keluarga tiada makanan
- Berapa kes penceraian akibat tekanan
- Berapa kes kecurian dan pecah rumah serta samun
- Data kes kes sosial lain.
Dalam erti kata yang lain, bukan KKM sahaja perlu ada real-live data tetapi setiap Kementerian perlu aktif macamana KKM dengan real data setiap hari.
Prestasi untuk menangani Covid bukan hanya terletak kepada parameter jumlah bilangan angka Covid.
Ini bukan tanggungjawab KKM tapi kita harap semoga keseluruhan kementerian lain juga ambil perkara ini kerana ini ialah isu negara dan bukan isu kesihatan semata-mata. Tidak boleh hanya melihat dari persepektif kesihatan, tetapi krisis negara secara holistik. Jadi bentuan perancangan, bentuk “survival plan” dan “recovery plan” perlulah dilebarkan kepada elemen-elemen kehidupan rakyat. Pasti kita tidak sempurna namun, usaha yang lebih luas ruang linkup perlu dilaksanakan.
Pasti rakyat juga ingin tahu apakah perlaksanaan menuju “Ambang 4000” dan jika berbekalkan perancangan sedia ada. agak sukar nak capai angka ini kerana selama ini angka masih pada tahap sekarang.
Tujuan ini bukan ini salahkan sesiapa tetapi berharap agar keseluruhan perancangan yang bakal diberikan ini jelas contohnya pada tahap Ambang 4000 ini industri apa yang boleh dibuka dan tidak boleh dibuka. Adakah rakyat hanya ingin harapkan bantuan kerajaan dan bantuan yang diberikan ini berasaskan data dari mana dan bila.
Rakyat ingin terus hidup dengan menjalankan perniagaan dan adakah ada kawasan khas untuk berniaga atau ada SOP khas untuk berniaga kerana kita sendiri tidak pasti sampai bila krisis ini akan berakhir.
Setiap ADUN dan Ahli Parlimen perlu ada laporan harian setiap kawasan. Perlu aktif dan ada real-live data setiap hari. Usah biarkan hanya berpaksikan data KKM. Perlu tahu data-data masalah sosial setiap DUN.
Sekadar pandangan kecil. Dan semoga Allah rahmati usaha kita insyAllah.
More Stories
Himpunan Solidariti Rakyat Tolak RUU URA: Pendirian Tegas MPM
RUU Pembangunan Semula Bandar: Pendirian Tegas MPM Demi Masa Depan Bumiputera
Opportunities for Malaysia’s Ports: Time to Reclaim Our Maritime Edge