April 17, 2026

malay.today

New Norm New Thinking

Menteri MOTAC Sudah Terlalu Biadap

Belum reda kemelut Kampung Sungai Baru yang kini semakin ketara terdedahnya muslihat pemaju bersama si kitol dalam institusi eksekutif, berjaya memperdaya sebahagian besar pemilik tanah dan harta di Kg Sg Baru, dengan janji manis yang mereka akan dijadikan jutawan pinggiran.

Selari dengan kemelut itu, negara dipanaskan lagi dengan cerita satu lagi pakatan diantara kerajaan dengan pemaju dan si kitol dalam sebuah lagi institusi eksekutif. Melalui penggubalan RUU PSB, mereka cuba memperdayakan rakyat dan pemilik tanah, kononnya dengan projek pembangunan hartanah bernilai tinggi. Sasaran utama mereka ialah tanah milik individu, milik strata dan tanah milik institusi.

Projek-projek hartanah yang sekian lama terbengkalai menjadi projek mayat, bukan keutamaan mereka. Nampak sangat motif tersirat mereka.

Alhamdulillah, UMNO yang menjadi sebahagian dari Kerajaan Madani memilih untuk bersama rakyat, berani buka mulut secara terbuka, melawan arus gelombang agenda pembangunan ciptaan Kerajaan Madani. Khabarnya, YBM KPKT menghormati desakan UMNO itu.

Kita tunggu dan lihat sejauh mana usul-usul yang dihasilkan di Konvensyen RUU anjuran UMNO itu semuanya diambilkira.

Baru nak menarik nafas lega, sekali lagi YBM MOTAC ulangi tabiat hodohnya, mencabar maruah dan kedaulatan negara ini, yang Agama Islam adalah Agama Persekutuan. Itu termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Sungguh melampau dan biadap tindakan beliau. Mengapa pegawaipegawai beragama Islam dalam MOTAC berdiam diri, sehinggakan pihakpihak luar yang tampil dedahkan kebiadapan ini. Berdiam diri bermakna mereka bersuhabat atau merestui tindakan menterinya. Mereka tak berani bersuara. Atau mereka dilarang bersuara.

Presiden UMNO merangkap TPM ! sudah bersuara. Namun, beliau tidak boleh guna istilah HARUS untuk suarakan bantahan itu dalam Mesyuarat Kabinet. Ini isu haram. UMNO WAJIB bantah dan beri YBM MOTAC ultimatum. Jika enggan minta maaf dan hentikan semua tindakan biadapnya, yang berunsur provocative ini, UMNO wajib berikan Kerajaan Madani, pilihan, samada singkir Menteri sebegini, atau UMNO singkirkan dirinya dari Kerajaan Madani.

Sudah tiada masa untuk berkompromi dengan YBM MOTAC ini.

Dato Dr Hasan Mad

Setiausaha Agung MPM

7 Oktober 2025